Selasa, 11 Oktober 2011

Bob Lokman ditahan ketika berpolitik di surau

Ustaz Toriq pasti gembira dengan kenaikan gaji kakitangan awam
Berita terkini menyatakan Bob Lokman yang mencari makan dengan berceramah agama atau lebih tepat lagi ceramah politik di surau dan masjid telah ditahan oleh pihak polis di sebuah surau di Hulu Langat. Namun dalam twitter @FazallahPit tidak menyebut lokasi sebenar.

Pas melenting marah dan menyatakan negara semakin hari semakin gila dan menyatakan orang menyebarkan video lucah dan menyanyi melalak depan orang ramai tidak ditangkap tetapi bila ada orang mengajak mendekati dan membesarkan Allah ditangkap.

Pas terus menggunakan Hadis Rasullullah "sampaikanlah walau hanya satu ayat". Pas menyalahkan semua pihak kerana untuk bercakap bab agama kena ada tauliah.

Pas juga menuduh kerajaan menghalang tazkirah, oleh itu seorang bapa juga perlukan tauliah untuk mengajar atau tazkirah keluarganya.

Begitulah hebatnya puak-puak Pas memutar belitkan titah Sultan yang melarang surau dan masjid daripada dijadikan gelanggang politik oleh Pas.

Sultan juga telah melarang orang luar daripada masuk ke Selangor semata-mata untuk berceramah politik dalam rumah Allah. Pihak Jais telah menjalankan tugas dengan baik. Tahniah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.