Harga tiket perlawanan akhir yang berharga RM 50 adalah wajar.
Ramai yang masih berharap mutu bolasepak meningkat dan untuk itu kos bola sepak turut meningkat.
Sedar atau tidak, kita lupa bahawa sekali lepak di restoran bill makan mencecah berbelas malah puluh ringgit, begitu juga kos rokok dan top up telefon.
Toll juga sudah meningkat, jika mahu menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi kita harus bersedia untuk membayar harga tiket RM 50 untuk perlawanan akhir.
Kos lampu limpah, air dan kos pembersihan stadium semakin meningkat. Dengan itu kalau nak boikot, silakan, ramai lagi yang sedia untuk membayar harga tiket tersebut. Stadium akan tetap penuh.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.