Sabtu, 8 Oktober 2011

Isu nasi lemak 2.0

Pagi tadi TM menonton full version filem tersebut di youtube.

Filem memang bagus, kerana mendapat sentuhan Adhflin Sauky.

Jalan cerita bagus, kalau dibuat secara ikhlas dan tak ada niat yang menyimpang, menyindir, menempelak atau menghina, , filem tu boleh menandingi filem Yasmin Yusof.

Awal-awal mukadimah dah tak betul dan tak ikhlas. Ia menunjukkan peniaga gerai cina diugut oleh samseng Melayu.

Ini satu perkara yang cukup menyinggung hati orang Melayu.

Penggunakan perkataan lucah untuk nama warga cina juga tidak sesuai tambahkan pula ia seolah-olah mengangkat dan menyokong PKM bintang 3 yang keluar dari hutan.

Nameww tetap menempelak TNB dalam slot black out.

Banyak sungguh element yang tidak baik dalam filem tersebut. Sakit hati bila melihat. Memang wajar tayangan filem itu dihentikan di pawagam.

Bagaimanapun filem tersebut telah berjaya masuk ke pasaran antarabangsa.

Tak lama lagi Namewee tak pakai lagi Honda cub cabok tetapi akan memandu Ferrari bergaya bersama artis-artis popular Hong Kong.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.