Isnin, 3 Oktober 2011

Kerajaan Zalim Penipu Rakyat juga yang bantu rakyat, harapkan Pas Chetok , tercetok laaa



Seorang warga emas tidak lagi berasa malu apabila dia dan keluarganya mendapat bantuan Kerajaan Pusat bagi membaik pulih rumah usang mereka di Kampung To Uban, semalam.

Zaharah Salleh, 72, berkata, kini dia tidak lagi malu setiap kali saudara-mara bertandang ke rumahnya kerana rumah buruk yang diduduki sejak 80 tahun lalu, digantikan dengan kayu, zink dan tiang baru.

“Dinding dan lantai ini dahulunya reput kerana dimakan anai-anai, malah ia membentuk lubang-lubang kecil sehingga menampakkan ruang dalam rumah.

“Keadaan lantai yang tidak utuh ini juga, cukup merisaukan kerana tahap penglihatan saya tidak lagi sebaik dahulu,” katanya semalam.

Menurutnya, dia sudah lama tidak bekerja kerana masalah kesihatan, dan terpaksa menunda kerja-kerja pembaikan rumah kerana kekurangan sumber.

Zaharah berkata, anaknya, Razali Rashid, 48, tidak mampu bekerja kerana terpaksa bergantung kepada bekalan ubat-ubatan sejak mengalami penyakit saraf dari kecil.

Sementara itu, Jabatan Pembangunan Persekutuan Pasir Mas (JPP), Tuan Noazizah Tuan Hussin berkata, Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan lebih RM333,000 bagi Projek Baikpulih Rumah (PBR) membabitkan 111 rumah penduduk kurang mampu bagi tiga Dun di sini.


“Kita telah lama menyenaraikan nama penduduk miskin untuk diberi bantuan bawah projek PBR itu dan berjaya untuk diagihkan kepada semua mereka terbabit,” katanya.

Beliau berkata, penduduk lain tidak perlu bimbang kerana kerajaan menyediakan peruntukan yang cukup untuk tujuan itu dan projek pembaikan rumah mereka juga boleh dilakukan secara gotong-royong.