Khamis, 20 Oktober 2011

Khalid Ibrahim gagap kerana isu RM 55 juta

Pakatan Rakyat bijak menfitnah Umno tetapi diri mereka bergelumang taik
UMNO Selangor telah mendedahkan akan ketirisan wang RM55 juta oleh kerajaan pakatan Selangor. Wang tersebut adalah baki daripada peruntukan kerajaan pusat kepada kerajaan negeri.

Wang tersebut adalah peruntukan yang diamanah oleh kerajaan persekutuan untuk rakyat Selangor dan perlu digunakan sepenuhnya

Bagaimanapun mereka hanya membelanjakan sedikit sahaja dan menyimpan bakinya yang berjumlah RM55 juta ke dalam akaun negeri.

UMNO Selangor hanya minta penjelasan kenapa baki RM55 juta disimpan ke dalam akaun negeri sedangkan ianya patut dibelanjakan sepenuhnya untuk rakyat.

Khalid gagal memberi jawapan dan gagal menjawab soalan dari UMNO Selangor, Khalid gagap dengan pusing cakap dan menuduh UMNO Selangor telah hina kakitangan awam negeri.

Apakah dengan soalan itu bermakna Umno menghina kakitangan ?