Khamis, 20 Oktober 2011

Misi pengaman tentera diteruskan di peringkat antarabangsa

Engku Puteriz wrote:

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan meneruskan misi pengaman di bumi Lebanon selagi kudrat dan bakti ATM diperlukan demi keamanan sejagat. MALBATT 4 telahpun membuat persiapan awal dan kini menanti masa untuk digerakkan. MALBATT 4 yang berkekuatan seramai 540 pegawai dan anggota akan juga disertai 20 orang dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Kumpulan Induk akan berlepas pada 17 Oktober akan datang diikuti yang lain pada 24 Oktober 2011. Sebelum itu, YBhg Panglima Angkatan Tentera telah menyempurnakan pemakaian beret PBB kepada MALBATT 4 di PUSASDA pada 29 September 2011. Beliau seterusnya menyeru dan mengamanahkan kepada semua anggota MALBATT 4 untuk terus berbakti dan menjaga imej ATM.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.