Isnin, 3 Oktober 2011

PAS gagal tarbiahkan Lim Guan Eng atau DAP.

Masih ramai orang Pas yang terpedaya dengan 'Vigil'

Pas gagal mentarbiahkan Lim Guan Eng (LGE) dalam isu Hudud. LGE ternyata dangkal dan tak faham bab hudud sewaktu bercakap dalam sidang media dan dalam kongress 60 Pas di Pulau Pinang baru-baru ini.

Paling malang apabila LGE tuduh Tan Sri Muhyiddin juga menyokong Hudud dan mendesak MCA dan Gerakan keluar daripada BN kerana kenyataan tersebut.

Ini sekali lagi menunjukkan kebodohan beliau,  LGE perlu tahu bahawa Hudud adalah sebahagian daripada Hukum Islam (fiqah)  dalam membicarakan tentang hukuman jenayah atau Islamic criminal law.

LGE kena faham kenapa hudud tidak dapat dilaksanakan di negara kita, [sila rujuk pakar-pakar yang telah berhujah dalam perkara ini seperti Dr Maza].

Oleh itu gelaran Kalifah Umar boleh lah ditarik balik oleh Anwar dan Pas daripada LGE kerana mengaji tak khatam.