Penyokong agenda BerShit 2.0 [ ustaz bengong?] |
DHPP kecewa tidak dipanggil berbincang
KOTA BHARU 1 Okt – Pemimpin Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) mendedahkan mereka tidak pernah dipanggil untuk berbincang atau diberikan penjelasan yang mendalam mengenai pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
Ekoran daripada itu wujud ‘cakap-cakap’ yang menyatakan kepimpinan DHPP amat kecewa sehingga menyebabkan sayap yang baru ditubuhkan dalam parti itu kira-kira dua tahun lalu hilang kepercayaan kepada pemimpin tertinggi Pas dan mengancam untuk meninggalkan parti itu beramai-ramai.
Ketuanya, Hu Pang Chow ketika ditemui Mingguan Malaysia di sini berkata, dalam politik tidak ada sesuatu yang pelik dan banyak perkara boleh berlaku.
“Saya tidak tahu apa yang berlaku dalam Pas sekarang. Saya tidak dipanggil untuk berbincang mengenai hudud ini, di Pantai Timur isu hudud tidak menjejaskan Pas kerana bukan Islam adalah minoriti tetapi kalau di Pantai Barat ya, malah saya mendapat terlalu banyak panggilan telefon mengenai isu ini.
“Masa depan DHPP saya tidak tahu tetapi dalam politik apa pun boleh berlaku. Kalau bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad boleh keluar Pas, jadi tidak ada sesuatu yang pelik dalam politik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin bahawa DHPP akan dibubarkan sebagai tanda tidak puas hati dengan kepimpinan Pas.
Pang Chow turut mendakwa pihaknya tidak pernah diberikan peranan dalam Pas biarpun mempunyai kira-kira 20,000 penyokong.
PAS akan tetap laksana Hudud
KEPALA BATAS 1 Okt. – Pas masih berharap untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini jika pembangkang mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pelaksanaan hukum hudud hanya melibatkan orang Islam dan masyarakat bukan Islam seharusnya tidak perlu risau.
“Pelaksanaan hukum hudud adalah untuk golongan orang Islam, maka ia sebenarnya tidak akan menimbulkan masalah kepada masyarakat bukan Islam.
“Ia dilakukan di mahkamah syariah dan bukan mahkamah sivil untuk semua rakyat di negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena sambutan ulang tahun ke-60 Pas di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali.
Dalam pada itu, Nik Aziz memberitahu, pemikiran rakyat di negara ini telah diserap dengan unsur-unsur negatif terhadap hukum hudud sehingga menjadikan mereka prejudis terhadapnya.
“Peliknya rakyat Malaysia boleh menerima pelaksanaan hukuman gantung sampai mati terhadap kesalahan dadah dan senjata api tetapi membantah hukum hudud.
“Hukum hudud tidak menyebabkan orang bersalah mati dan ia bukan sewenang-wenangnya (membenarkan) hakim melaksanakan hukuman mengerat tangan kerana mereka perlu mematuhi syarat dan prosedur yang ditetapkan,” ujarnya.
TM_NOTE;
Sejak awal 90an lagi sewaktu Pas mula bekerja sama dengan Dap mereka tidak ikhlas. Walaupun jelas bahwa Dap tidak menyokong Hudud dan Negara Islam, tetapi Pas sanggup mendiamkan diri.
Bagi Pas Dap dan bukan Melayu diperlukan undi sahaja untuk membolehkan Pas memerintah. Selepas berjaya menawan kerajaan kita akan pinda semua undang-undang, orang bukan Islam mesti ikut kata dan kehendak Pas. Ini kenyaan Pas dahulu.
Lihat apa kata Pas, Rabu lepas bersetuju untuk tidak melaksanakan Hudud, hari ini lain pula cakap mereka. Hudud tetap menjadi keutamaan...