Jumaat, 21 Oktober 2011

PAS PERAK macam jembalang sial

Pas hanya sanggup turun padang jika Ambiga yang menganjurkan program

Pas memang lidah biawak, cakap berbelit-belit. Kalau dah takut disergah oleh Dap dan Pkr cakap sahaja yang Pas takut. Tak payah lah buat kenyataan berbelit-belit macam biawak.
Konon mempertahankan aqidah bukan melalui melalui gerakan yang boleh menimbulkan ketegangan antara agama.

Oi. Siapa yang nak ajak orang turun berperang.orang ajak turun padang menyuarakan rasa dan sokonongan untuk membantah pihak tertentu agar jangan menggangu orang Islam. Hormatilah orang Islam sepertimana yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan.

Pengerusi bersama HIMPUN ialah Mohd Azmi Abdul Hamid adalah penyokong tegar PAS dan telah banyak kali berceramah diatas pentas PAS.

Adakah Pas mempertikaikan kewibawaan dan kesetiaan Mohd Azmi?? Kenapa bila BERSIH 2.0, PAS melibatkan diri dan menyokong Ambiga  walhal isu tersebut tiada kepentingan mendesak kepada umat Islam.... wayang apa pula yang Pas mainkan?

PAS Perak menyokong kenyataan Presiden PAS yang mahu aqidah umat Islam dipertahankan melalui gerakan dakwah dan penguatkuasaan undang-undang tetapi bukan melalui gerakan yang boleh menimbulkan ketegangan antara agama dan kaum. Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki, sejak dulu lagi PAS sememangnya tegas dalam isu yang melibatkan aqidah umat Islam, beberapa badan bertindak ditubuhkan oleh PAS apabila Nor Aisyah dimurtadkan, begitu juga Hartina Kamaruddin dan juga Lina Joy. PAS juga pernah menyokong kenyataan Mufti Perak yang mendedahkan ratusan ribu umat Islam telah murtad, UMNO ketika itu diam membisu seribu bahasa, bukan sahaja tidak pernah hadir dalam setiap perjumpaan dan forum isu murtad malahan memperlekeh usaha yang dibuat oleh PAS dan beberapa NGO yang lain.

Difahamkan ramai orang Pas akan bersama-sama Mohd Azmi esok petang. Tantawi 100 juga dijangka akan turun bersama-sama beberapa ribu orang pemuda untuk menyokong dan melahirkan rasa kekecewaan mereka terhadap isu semasa hari ini terutama dalam isu murtad.

Misbahul Munir sebenarnya takut dengan Ngeh dan Nga di Perak. Sudahlah PAS, cakap bergegar-gegar ingin mendaulatkan islam tetapi bacul bila diajak turun padang.