Sabtu, 8 Oktober 2011

Pas sudah ada calon baru dalam PRU 13 Perak


Ustaz Idris Lancar 'Jom Masuk PAS'
2 bakal calon Pas Perak dalam PRU 13 


Muka baru Pas ialah Laksamana Pertama (B) Hj Mohd Imran bin HjAbd Hamid dan Dato Adnan Ibrahim bekas Pengarah Pelajaran Perak.

Lajnah Pemerkasaan Parti Badan Perhubungan PAS Perak telah mengadakan Program 'Jom Masuk PAS'. Program ini telah dilancarkan oleh, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Bin Ahmad semasa Liqa' Fitri Badan Perhubungan PAS Perak di Markas Tarbiyyah PAS, Air Kuning.

Program ini bertujuan untuk menarik masyarakat terutama ahli UMNO untuk menyertai PAS.

Program diserikan lagi dengan dua ikon baru PAS iaitu Bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak Dato' Adnan Ibrahim dan Bekas Pegawai Tinggi TLDM Laksmana Pertama (B) Haji Mohamad Imran Bin Hj Abd Hamid.

Dato' Adnan berkata, beliau menyertai PAS setelah mendapat hidayah untuk menyertai perjuangan PAS dan meninggalkan UMNO selepas pulang dari tanah suci.

" Ketika saya berkhidmat dahulu, teruk saya maki dan memarahi guru-guru yang menyokong PAS. Saya ketika itu sangat benci dengan PAS dan memandang PAS ini sebagai parti yang mempergunakan agama demi politik," katanya dengan nada kesal.

Beliau mendakwa, Naib Presiden UMNO, Dato' Hishamuddin Tun Husein dan pimpinan UMNO memanggil beliau dan menasihatkan agar terus dengan UMNO. Tetapi beliau berpegang dengan pendiriannya untuk bersama dalam PAS demi mendokong perjuangan Islam.

Bagi Laksmana Pertama (B) Haji Mohamad Imran Bin Hj Abd Hamid pula, beliau masuk PAS kerana tidak yakin dengan perjuangan UMNO.

"Perjuangan UMNO hanya retorik semata-mata. Kata memperjuangakan Islam tetapi sebaliknya," katanya yang ingin bersama dalam PAS hingga ke akhir hayatnya.

Ustaz Idris dalam ucapannya berkata, beliau mengalu- alukan kemasukan dua tokoh besar masyarakat ke dalam PAS.

" Bekas Pegawai Tinggi TLDM dan Bekas Pengarah Pendidikan pun boleh masuk PAS, kenapa JKKK dan penoreh getah tidak boleh masuk PAS ?," katanya yang juga Pengarah Jabatan Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat.

" Sekarang ini, orang dah pencen semua nak masuk PAS setelah lama 'digari' . Mereka tidak percaya UMNO. UMNO tidak relevan lagi. UMNO sudah busuk hingga ke usus," tegasnya lagi.
TM_Note;

Dato Adnan ni dah lama jadi ahli Pas, sejak Nizar mula jadi MB Perak,,,macam mana deklare baru masuk dan baru isi borang, dulu dah isi pun...

Di Taiping ramai kaki tangan kerajaan yang pencen masuk Pas kerana diugut, konon jika buat kenduri kendara atau kematian nanti tak ada orang akan uruskan.  Ada yang kata " Kalau hang mati Menteri Besar Zambry tak akan mai urus jenazah hang. tak ada orang Umno yang akan baca talqin. Kalau buat kenduri pun tak ada orang masjid akan datang rumah" 

Ini lah ugutan-ugutan yang sering diterima oleh  pesara-pesara kerajaan yang mula mendekati masjid dan surau. Dahulu dalam jabatan mereka banyak menghabiskan masa siang dan malam dengan tugas dan mereka bukan orang politik.

Akan tetapi bila ada kematian dan sebagainya yang menguruskan jenazah dari awal sampai ke liang lahat kebanyakan orang Umno juga. Kalau ada yang Pas yang mati lagi kurafat jadi nya. Ada yang pesan kepada malaikat "jaga ini orang kita" ...Apa punya haprak lah puak Pas..