Khamis, 13 Oktober 2011

Pas terdesak untuk jadi juara

Sudah bertahun-tahun Pas berusaha untuk menarik golongan artis menyertai mereka. Usaha dan penat lelah mereka berjaya menarik beberapa orang artis seperti Bob Lokman yang sudah ketandusan idea dalam penulisan lagu.

Akil Hyill dari kumpulan Riyad, Radzi dari kumpulan Melissa dan masih berusaha untuk menarik Sham Kamekazee, Amy Search, Chico, Osman Kering, Pak Long dan ramai lagi.

Pas sanggup menyembah artis dan memujuk mereka menjadi ahli Pas. Amy Search contohnya, Pas menghantar rombongan dan berpanas menunggu Amy diluar rumah untuk tujuan itu, tetapi sampai kini Pas gagal berbuat demikian.

Pas jangan megah apabila artis turun ke dalam program Pas. Artis milik masyarakat, bila diundang mereka akan hadir, Masuk Pas belum tentu.

Mereka juga berakal dan berfikiran jauh. Mendekati Pas tak bererti bersetuju dengan Pas. Mereka tahu menilai yang mana intan yang mana kaca.

Hanya jauhari yang mengenal manikam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.