Sabtu, 22 Oktober 2011
Perak Today berwajah baru
Perak Today sebuah portal yang baru setahun jagung berada di alam maya sedang berusaha keras untuk menjadi portal berita yang pantas dan terkini di Perak. Perak Today mempunyai komitmen yang tinggi untuk mengangkat martabat kerajaan Barisan Nasional yang mentadbir Perak. Segala usaha kerajaan kepada rakyat akan dimuatkan ke dalam portal ini.
Parti PAS ternyata amat kecewa dengan kewujudan laman web ini kerana ia dengan sendirinya telah menafikan tuduhan pembangkang kononnya, 50 tahun rakyat telah ditipu oleh kerajaan Umno /BN.
Pas hanya menuduh Umno menipu rakyat tetapi yang sebenarnya Pas lah yang menipu rakyat. Ini kerana setiap projek dan bantuan kerajaan pemimpin Pas yang akan sapu dahulu, segala bentuk bantuan mereka akan mohon.
Bila dapat mereka akan mendakwa ia bukan harta Umno tetapi harta kerajaan dan duit kerajaan ialah duit rakyat. Itu lah perangai Pas.
Akan tetapi cuba lihat kerajaan Kelantan, 20 tahun berlalu, apa usaha kerajaan Pas untuk membantu rakyat? Jawapan nya ZERO, tak ada apa pun yang dibangunkan oleh Nik Aziz selain dari projek mega beliau iaitu ceramah bulanan di atas jalan yang menjanjikan syurga.
Bayangkan 20 tahun rakyat Kelantan mengaji ilmu dari Nik Aziz di atas jalan, tepi tong sampah. tepi longkang. Nik Aziz langsung tidak mampu untuk membina sebuah dewan yang selesa untuk rakyat berhimpun untuk belajar agama. Apa lagi untuk membina sebuah masjid yang besar di Kota Bharu. Tidak kah itu menipu rakyat?
Pas perlu menukar ayat seperti berikut " 20 tahun Nik Aziz menipu rakyat".
Cukup lah, lagi lama lagi panjang, selamat melawat ke laman Perak Today. Laman info anda.