Jumaat, 21 Oktober 2011

Siapa calon BN di Parlimen Taiping

Penduduk Taiping mengharapkan BN dapat menguasai semula kerusi Parlimen yang dirampas oleh Nga Kor Ming (Dap) dalam PRU 12 yang lalu.

Kekalahan BN adalah berpunca daripada kedegilan Presiden PPP Dato Kavies yang memungkiri janji beliau.

Kavies berjanji untuk berada di Taiping untuk sepenggal sahaja, namum beliau enggan menyerahkan semula kepada parti Gerakan pada PRU 2008.

Akibat kedegilan Kavies, BN kalah buat pertama kali dalam sejarah BN.

Kini Dato Chang Kho Youn berharap Gerakan mengambil semula kerusi Taiping dan menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk menamakan siapa calon yang layak.

Adakah Dato Tan Lian Hoe akan kembali ke Taiping atau kekal di Grik.

Dahulu Kerk Choo Ting adalah MP Taiping buat beberapa penggal sebelum berhijrah ke kerusi parlimen Johor. Gerakan ke Johor dan mengambil tempat Umno, ini bermakna Gerakan mendapat 1 kerusi baru dan mengekalkan kerusi Taiping. Jika ikut formula, Gerakan sepatutnya menyerahkan kerusi Taiping kepada Umno atau Mca.

Jumlah pengundi dalam PRU 12 ialah Melayu 36 %, Cina 50% , India  13% dan lain-lain kaum  1%. 


Buat masa ini Nga tidak mampu berbuat apa pun untuk Taiping. Beliau hanya mampu mempamerkan 4x4 Triton dengan speaker ke sana kemari dan bila ada kematian kaum cina barulah sibuk tunjuk muka.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.