Malam tadi seorang bapa telah memaklumkan kepada TM tentang perkara ini, beliau sedang mencari soalan-soalan UPKK untuk rujukan anaknya . Tiba-tiba setelah log masuk ke dalam alamat [URL] tersebut lain pula isi kandungannya. Bukan lagi soalan UPKK yang keluar tetapi gambar-gambar pornografi..
Bayangkanlah apabila seorang kanak-kanak yang berusia 11 tahun sedang melayari internet untuk mencari soalan UPKK yang bakal didudukinya di sekolah agama rakyat atau kelas fardu ain....
Kenapa SKMM gagal mengesan dan menyekat laman web ini. Harap dengan tersiarnya artikel ini diharapkan SKMM dapat bertindak SEGERA.
Terima kasih kepada bapa yang perihatin .