Sabtu, 29 Oktober 2011

Takziah :Datuk Abdul Raman Suliman. Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar meninggal dunia,


Takziah kepada keluarga Datuk Abdul Raman Suliman. Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, berusia 62 tahun itu meninggal dunia selepas rebah di rumahnya di Kampung Kedah, Parit Buntar, lewat malam tadi.

Allahyarham ditemui rebah pada kira-kira jam 10.30 malam selepas baru pulang daripada menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Perak di Ipoh. Jawatan terakhirnya ialah Timbalan  Menteri di Jabatan Perdana Menteri.