LORI INI SENTIASA DIPERIKSA OLEH PUSPAKOM SETIAP 6 BULAN. JIKA INI YANG BERLAKU, KREDIBILITI PUSPAKOM BOLEH DIPERTIKAIKAN.
Pemeriksaan Berkala.
Bagi yang belum mengetahui, pemeriksaan
berkala adalah pemeriksaan untuk kenderaan perdagangan yang perlu
dijalani oleh setiap pemilik kenderaan perdagangan yang mendaftarkan
kenderaan mereka. Kenderaan ini menjalani pemeriksaan setiap enam bulan
di Puspakom mengikut tarikh dan temujanji yang ditetapkan.
Tarikh dan temujanji untuk pemeriksaan
berkala pada masa akan datang dapat diketahui dengan mudah pada ‘disk’
yang dikeluarkan oleh Puspakom selepas kenderaan tersebut lulus
pemeriksaan.
Kenderaan – kenderaan yang perlu
menjalani pemeriksaan berkala ini terdiri daripada Lori – lori , teksi,
kereta sewa, bas sekolah, bas persiaran, bas pengangkutan awam
termasuklah bas – bas express dan juga kereta sewa pandu.
Bayaran atau fee yang dikenakan bagi
setiap pemeriksaan adalah mengikut kelas kenderaan tersebut. Semasa
ingin menjalankan pemeriksaan berkala ini pemilik – pemilik kenderaan
perlu membawa dokumen yang lengkap untuk mengelakan kenderaan atau
pemeriksaan itu gagal.
Contoh – contoh dokumen yang wajib dibawa semasa pemeriksaan ialah:-
Bagi Lori rigid tegar (decontrolled)
- Geran/perakuan pendaftaran (Jpj K2)
- Disk Lama (benda yang seolah – olah roadtax yang dikeluarkan oleh puspakom)
-Keputusan pemeriksaan Lama (Vr1 Lama).
* Bagi kenderaan yang telah lulus tahap
ketinggian sideboard ataupun memasang tailgate lift , panjang /
kelebaran kenderaan atau sesuatu rekabentuk yang luarbiasa daripada
kenderaan biasa sila bawa PG11A lama ( Di keluarkan Semasa Pemeriksaan
Awalan) , Surat kebenaran Kawal Selia ataupun Pelan yang telah disahkan
untuk memudahkan pemeriksaan dijalankan.
Teksi
Bagi Teksi Pemeriksaan yang dijalankan
agak menyeluruh dan amat perlu mematuhi piawaian yang ditetapkan, bagi
teksi bermeter, ujian meter teksi perlu dilaksanakan semasa berada di
Speedometer, Kadar tambang teksi bermeter adalah mengikut negeri masing.
Dokumen yang perlu dibawa ialah:-
- Geran/perakuan pendaftaran (Jpj K2)
- Disk Lama (benda yang seolah – olah roadtax yang dikeluarkan oleh puspakom)
-Keputusan pemeriksaan Lama (Vr1 Lama).
-Surat meter teksi
*sekiranya meter teksi anda ‘seal’nya
sudah putus, pastikan anda pergi ke pusat servis meter teksi yang
dibenarkan, periksa meter teksi anda dan dapatkan surat daripada pusat
servis meter teksi tersebut dan bawa bersama – sama dengan surat meter
teksi (dikeluarkan semasa pemeriksaan awalan/pemeriksaan kadar tambang
baru) untuk diperiksa dan di sealkan semula. Surat meter teksi tersebut
akan dikeluarkan semula dengan surat meter teksi yang baru.
- Surat permit daripada LPKP
*pastikan permit teksi anda masih belum tamat tempoh.
-Kad pemandu hendaklah diletakan di tempat yang di tetapkan.
Barang yang Wajib perlu ada pada Teksi
ialah Peti Ubat ( First Aid Kit) dan Juga Pemadam api ( Pemadam api
perlu lesen daripada Jabatan bomba dan pastikan juga tarikh tamatnya,
kalau dah tamat pergilah memperbaharuinya dahulu ye.) Begitulah serba
sedikit dokumen yang perlu dibawa oleh Pemilik – pemilik atau pun
pemandu teksi ini.
Bagi Bas Expres, Bas sekolah , Bas persiaran dan segala jenis Bas perkhidmatan awam.
Apa yang perlu dibawa ialah:-
- Geran/perakuan pendaftaran (Jpj K2)
- Disk Lama (benda yang seolah – olah roadtax yang dikeluarkan oleh puspakom)
-Keputusan pemeriksaan Lama (Vr1 Lama).
-Permit Bas yang dikeluarkan oleh LPKP, Bagi bas persiaran permit dari KPL (Kementerian Pelancongan)
* Sekiranya masih terdapat lagi PG13B
yang dikeluarkan semasa pemeriksaan Awalan, eloklah dibawa bersama –
sama ianya amat memudahkan anda dan juga pemeriksaa kenderaan untuk
menjalankan pemeriksaan atau bas anda.
Pastikan juga anda membawa , segitiga
kecemasan, Pemadam Api dan paling penting pastikan pintu kecemasan
beroperasi dengan baik yakni boleh dibuka dari luar dan dalam.
Bagi Kenderaan Barangan pula ianya terbahagi kepada 2 kelas iaitu:-
Kelas Dan Kategori Lesen
1. Lesen Kenderaan Barangan
Terbahagi kepada dua kelas:
•Lesen Pembawa A (LA) – dikeluarkan kepada kenderaan membawa barangan untuk disewa dan upah.
•Lesen Pembawa C (LC) – dikeluarkan kepada kenderaan membawa barang-barang kepunyaan sendiri sahaja.
2. Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam
(tidak termasuk lesen untuk bas persiaran dan kereta sewa pandu yang
perlu dirujuk kepada Kementerian Pelancongan)
•Bas berhenti-henti
•Bas ekspres
•Bas sekolah
•Bas pekerja
•Teksi
•Teksi mewah
•Bas catar
•Bas mini
•Bas pengantara
•Teksi lapangan terbang
•Kereta sewa
•Kelas-kelas lain sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dari semasa ke semasa
Berat Dengan Muatan
Berat minimum kenderaan yang perlu dilesenkan mengikut kategori adalah seperti berikut:
•Lesen Pembawa A: Tiada berat minimum
•Lesen Pembawa C: BDM 5,001 kg ke atas
Jadi dokumen yang perlu dibawa semasa pemeriksaan untuk Lesen Pembawa A dan juga Lesen Pembawa C ialah:-
- Geran/perakuan pendaftaran (Jpj K2)
- Disk Lama (benda yang seolah – olah roadtax yang dikeluarkan oleh puspakom)
-Keputusan pemeriksaan Lama (Vr1 Lama).
-Permit yang dikeluarkan oleh LPKP
- Serta Surat kebenaran daripada Kawal
Selia/ Unit Automotive JPJ sekiranya terdapat pembinaan khas seperti
lebihan panjang, lebihan R.O.H (Rear Over Hang), Lebar , sideboard atau
tailboard tinggi atau sebagainya. Sekiranya kenderaan anda seperti biasa
bawa dokumen yang biasa saja.
Tanggungjawap Sebagai Pemilik Kenderaan Perdagangan
Sebagai pemilik bagi kenderaan
perdagangan dan pengangkutan awam di negara kita ini tanggungjawap anda
adalah memastikan kenderaan anda berada dalam keadaan baik dan selamat
digunakan di atas jalan, supaya dapat menjamin keselamatan kita dan
pengguna jalan raya yang lain. Elakkan menggunakan runner atau orang tengah supaya amalan rasuah dapat dihapuskan.
Sebagai pemilik kenderaan perdagangan
pastinya kita mengetahui keadaan kenderaan kita, sekiranya kita tahu
kenderaan kita tidak melepasi piawaian dan spesifikasi yang ditetapkan
haruslah memperbaikinya terlebih dahulu untuk keselamatan.
Penerangan ini dibuat secara ringkas –
seringkasnya supaya dapat memberi kefahaman tentang pemeriksaan berkala,
sekiranya terdapat kemushkilan sila tinggalkan diruangan komen ataupun
hubungi pihak puspakom berdekatan anda.
kredit untuk foto oleh panglima hitam