Isnin, 17 Oktober 2011

Terkejut juga dengan kisah Pegawai Khas Najib di Borneo.


Beberapa laman blog telah mendedahkan kelicikan seorang wanita yang menyamar sebagai wakil Najib atau lebih tepat lagi sebagai Pegawai Khas. Wanita ini bernama Nurhidayah bt Abdullah atau Helen Lim.

Jika benar akan dakwaan ini , kes ini perlu disiasat segera. TM juga pernah mendedahkan kisah yang hampir sama seperti ini . Ia adalah kisah penyamaran seorang yang bergelar Kapten Bersara yang kononnya orang kuat Pak Lah dan aktif membantu penduduk di P 59 Bukit Gantang dan kawasan-kawasan lain.