Rabu, 9 November 2011

Anwar 'Munapek' slang Azhar Idrus


Program gay, lesbian, trankseksual dan biseksual ini dah 3 kali dibuat di Kuala Lumpur, kata Anwar. Sama juga bab propaganda politik longkang Pas, Pkr dan Dap yang bermaharaja sebelum PRU 2008 kerana tidak ada lagi blog pro BN seperti hari ini.


Sekarang Pas, Pkr dan Dap boleh menangis kena penerajang oleh blog pro BN. Buktinya mereka sudah sampai tahap buat laporan polis kononnya blog pro BN membuat fitnah dan menghina mereka.


Itulah puak-puak pakatan kena ingat, roda tu bulat, ada hari hangpa kena lah pulak. Dulu bukan main kutuk Tun Mahathir sebagai mahazalim dan mahafiraun, sekarang siapa munapek [ tiru slang azhar idrus].


Anwar penyokong plural beragama dan LGBT tiba-tiba tarik handbrake dalam isu ini. Sedangkan ternyata dan terbukti dia menyokongnya sebelum ini.

Anwar buat lawak lah pulak..takut kehilangan undi..!!! - PKR tidak sokong program Seksualiti Merdeka 2011. Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menyokong program “Seksualiti Merdeka 2011” yang dianjur bagi mendapatkan hak kebebasan individu berhubung isu pergaulan seksual dalam negara. Penasihat PKR, Anwar Ibrahim berkata, parti itu yang bermesyuarat baru-baru ini mengenai isu tersebut telah membuat keputusan untuk tidak menyokong program itu. Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini. Program yang diadakan buat kali keempat sejak 2008, sepatutnya bermula 2 hingga 13 November tidak diteruskan oleh penganjur selepas mendapat tentangan hebat pelbagai pihak ekoran program terbabit didakwa memperkasa hak golongan lesbian, bisexual, gay dan transeksual di negara ini

Anwar pernah komen dalam temubuat dengan tv barat mengenai isu murtad Lina Joy dan Anwar kata "Its her right to be a Christian "