Hitung panjang perbelanjaan bagi seorang murid di sekolah rendah dan di sekolah menengah untuk tiga tahun kebelakangan secara puratanya adalah RM3,354 untuk sekolah rendah dan RM4,039 bagi sekolah menengah. Malahan kerajaan turut juga menyediakan 22 lagi bantuan persekolahan berjumlah RM3 bilion setahun kepada murid berdasarkan kriteriakriteria kelayakan yang telah ditetapkan.
.(hansard parlimen DR.10.11.2011)
Pembangkang dok tuduh kerajaan tipu rakyat. 54 tahun menindas rakyat, Padahal dari kecil sampai graduate , berjuta duit kerajaan habis.
Empat puluh tahun dulu, saya bergelumang dalam selut dan kemiskinan. Apabila sepupu saya menjadi anak kampung pertama masuk universiti, maka ia diraikan sebagai satu pencapaian hebat. Hari ini, masuk universiti dianggap sebagai satu hak, bukan lagi satu pencapaian. Sebab itulah saya fikir kedudukan Malaysia pada tangga ke 61 (meningkat tiga tangga dari tahun sebelumnya) dan disenaraikan sebagai "high human development country" dalam Human Development Index 2011 (UNDP) sebagai wajar. Pada tahun 1980, indeks HDI Malaysia ialah 0.559. Pada 2011, ia meningkat kepada 0.761, iaitu lebih tinggi dari purata dunia (0.682), East Asia and the Pacific (0.671) dan "high human development countries" (0.741). Tahniah kepada kakitangan sektor awam, komuniti perniagaan dan NGO yang bersama-sama berusaha meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia! NOBISHA atau NORIZAN SHARIF
Tanya Khalid Samad, Nizar Jamaluddin, Rafizi Ramli, mampukah mereka belajar sampai ke England jika tiada kerajaan yang dianggap zalim dan menipu rakyat?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.