Sabtu, 12 November 2011

Isu setinggan KTM boleh diselesaikan secara baik

Membantah penarikan balik elaun sewa rumah sebanyak RM 300.
Isu bekas penduduk setinggan yang menduduki tanah milik KTM semakin panas. Kelmarin 339 bekas penghuni tanah KTM telah membuat demontrasi di hadapan Pejabat Daerah Taiping membantah tindakan pejabat daerah menghentikan bantuan elaun sewa rumah. rujuk laman blog ini [ klik ]. [klik] , [klik ] [klik]

Masalah setinggan bukan perkara terpencil malah menjadi masalah setiap negeri yang maju. Malah undang-undang tanah meletakkan sesiapa yang menceroboh tanah kerajaan boleh dihukum, tetapi sampai ke hari ini kita tidak pernah mendengar rakyat dihukum kerana menduduki tanah kerajaan malah jika diarahkan berpindah kerana tanah diambil untuk dimajukan mereka [setinggan] dibayar pampasan sebagai tanda kerajaan prihatin terhadap rakyat.

Di mana kami hendak tinggal - SH

www.sinarharian.com.my
IPOH – Penduduk yang tinggal di setinggan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ... rasa bimbang apabila bayaran bantuan sewa rumah yang diberikan dalam tempoh tiga ... dalam perjanjian sebelum ini pihak KTMB akan membayar bantuan sewa rumah ... “Permasalahan tersebut perlu diketengahkan kepada pihak Menteri Besar .

Kanun Tanah Negara (KTN)
Menurut Seksyen 425 (1) KTN telah menetapkan bahawa sesiapa yang didapati bersalah menduduki atau menggunakan tanah kerajaan tersebut secara ceroboh dan disabitkan kesalahan itu, maka ianya boleh dikenakan denda sebanyak RM 10,000 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu) atau dipenjarakan tidak melebihi setahun atau dikenakan kedua-duanya sekali. Selain dari itu penangkapan juga boleh dibuat keatas mana-mana pihak yang didapati menceroboh. Barang-barang yang digunakan semasa menjalankan
kegiatan pencerobohan tersebut boleh dirampas, bangunan yang didirikan boleh dirobohkan, hasil tanaman boleh dimusnahkan atau diambil. Manakala bagi mereka yang bersubahat turut akan dikenakan tindakan yang sama dengan penceroboh seperti yang tertakluk di bawah Seksyen 425 (1A), KTN.
sebahagian penduduk menunjukkan notis pindah bersama Dr. Leong
(empat dari kanan) dan Tajuddin (tiga dari kanan) di Taman Sri Jerai,
Gurun semalam.


GURUN - Pindah, diusir, didenda atau dipenjara!
Itulah dilema yang terpaksa dihadapi oleh 376 orang penduduk yang mendiami tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) sepanjang landasan antara Kampung Pinang Tunggal hingga ke Gurun. Ini berikutan notis yang diterima daripada Perbadanan Aset KTM yang meminta mereka mengosongkan rumah yang didirikan di atas tanah itu bagi tujuan pembinaan landasan kereta api di bawah Projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh ke Padang Besar yang dijangka dimulakan dalam tempoh terdekat.
Sehubungan itu, bertempat di Dewan UMNO Taman Sri Jerai, Gurun semalam, satu majlis dialog antara penduduk terbabit dengan pemimpin tempatan diadakan dalam usaha merayu kerajaan negeri campur tangan menyelesaikan isu itu. Penduduk itu diarah pindah tanpa dibayar sebarang ganti rugi. Tambah menyulitkan penduduk, notis bertarikh 20 Januari lalu itu memberi tempoh pindah 30 hari yang dianggap terlalu singkat. Mereka mendakwa kegagalan mematuhi arahan notis itu boleh menyebabkan mereka didenda sebanyak RM10,000 atau dipenjarakan tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya kerana melanggar Seksyen 425 (1A) Kanun Tanah Negara.

Di kawasan Taiping, kebanyakan setinggan bertumpu di kawasan pinggir bandar bermula dari Ayer Kuning sehinggalah ke Kamunting.  Walaupun ada yang menyatakan mereka adalah penduduk miskin tetapi terdapat juga mereka yang sanggup membina rumah bernilai RM 50 -100 ribu.

Walaupun rumah berharga puluhan ribu, tetapi saguhati yang diberikan hanyalah RM 8 000 itu pun dianggap wang sewa rumah untuk beberapa bulan

Mengenai isu setinggan di Taiping, perkara ini sudah mendapat respon daripada Adun Kamunting, lihat di bawah.
ARKIB : 13/05/2011

Kerajaan tidak lepas tangan isu sewa setinggan KTMB

IPOH 12 Mei - Kerajaan negeri tidak pernah lepas tangan dalam menangani isu sewa rumah penduduk setinggan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Larut Matang, sebaliknya mengambil inisiatif menyambung bayaran bantuan tersebut yang tamat pada Jun tahun lalu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri juga telah mengemukakan permohonan kepada kerajaan Pusat supaya bantuan sewa rumah sebanyak RM300 itu yang sepatutnya berakhir Jun ini disambung kepada setahun atau enam bulan lagi."Mengenai hanya 80 peratus penduduk yang mendapat tawaran bagi mendapatkan tanah di Kurnia Jaya Tambahan pula, itu tidak benar kerana bilangan yang tidak memperolehnya kurang daripada 10 peratus. Segelintir sahaja tidak melepasi saringan Pejabat Tanah kerana ada yang telah mendapat tanah lain sementara terdapat juga salah seorang daripada pasangan suami isteri yang telah memperolehnya. "Selain itu, ada juga yang memiliki tanah tetapi menyewakan rumah kepada orang lain," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, semalam. Mohammad Zahir berkata, mana-mana keluarga yang mempunyai tanah lain tetapi mempunyai bilangan anak yang ramai boleh membuat rayuan bagi mendapatkan tanah di Kurnia Jaya Tambahan. Mengulas mengenai dakwaan bahawa tanah yang diberikan itu jauh dari kawasan bandar serta tidak selamat, beliau menafikannya dengan mengatakan ia hanya mengambil masa 15 minit untuk berjalan kaki ke pasar raya Econsave, Kamunting dan hanya 10 minit ke bandar Taiping jika memandu. Selain itu, beliau berkata, setakat ini, hanya 50 ke 60 peratus sahaja daripada kira-kira 339 penduduk terbabit yang telah melunaskan pembayaran khidmat juruukur. "Ada pihak yang mengatakan ia terlalu mahal selain ada yang memohon untuk membuat bayaran ansuran. Namun, bagi penduduk yang tidak mampu untuk membina rumah sendiri, kita akan mendirikan rumah transit untuk mereka. "Namun, mana-mana yang memenuhi syarat, boleh difikirkan untuk mendapatkan Rumah Mesra Rakyat di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) atau rumah kos rendah," katanya.

Bagaimanapun isu setinggan adalah tanggung jawab bersama,  setinggan dan kerajaan melalui agensinya perlu menangani dengan baik. sebarang salah faham perlu diselesaikan secara baik.  Setinggan juga harus berlembut dan janganlah terlalu keras dalam mengambil tindakan dan menyalahkan kerajaan. Kalau zaman British dahulu tidak ada siapa yang berani buat rumah diatas tanah KTM. Bagaimana pun fenomena ini menjadi galak sekitar tahun 80an.
ini pula demo yang sama di KL. di Taiping didalangi oleh PKR Bukit Gantang