Ahad, 13 November 2011

PAS Perak akui Malaysia sebagai negara Islam contoh



Pas Perak mengakui Malaysia sebuah negara Islam dan dihormati di dunia. Buktinya ialah Pas Perak mahukan kerajaan Malaysia memainkan peranan dalam mengatasi konfilk dalaman negara tersebut.

Pas sepatutnya mendesak Anwar Ibrahim campur tangan kerana apa yang berlaku di Syria adalah agenda Barat seperti yang mereka lakukan di Tunisia, Mesir, Libya dan kini Syria.

IPOH, 9hb Nov 2011, Pesuruhjaya Pas Perak menyatakan sejak bulan Mac yang lalu, jumlah rakyat Syria yang telah dibunuh sepanjang konflik yang berlaku di negara itu telah melebihi angka 3500 orang.Menurut beliau PAS Perak amat berdukacita terhadap apa yang berlaku dan mendesak agak Pertubuhan Negara-Negara Islam ( OIC ) yang mana Malaysia adalah salah satu anggotanya agar memainkan peranan yang sewajibnya agar pembunuhan tersebut dapat dihentikan sesegera mungkin.Memetik ucapan beliau “Kita amat berdukacita terhadap apa yang berlaku, khususnya apabila melibatkan negara umat Islam”“ Ini adalah kerana apa yang berlaku di sana turut akan memberikan kesan kepada umat Islam disini kerana umat Islam adalah bersaudara”“Kita mahu Malaysia bertindak memainkan peranan yang lebih kehadapan dan efisien dalam menyelesaikan kemelut di Syria, walaupun kita tahu kemampuan negara kita agak terbatas dalam memberikan tekanan namun sekurang-kurangnya kita menyatakan pandangan dan pendirian kita,mana mungkin kita hanya melihat sahaja dengan mata kita sedangkan saudara kita dibunuh saban hari tanpa belas kasihan” tegas beliau lagi.


Pas Perak juga sepatutnya menghantar Tok Guru Nik Azizi yang didakwa sebagai tokoh yang berpengaruh di dunia. Kalau Nik Aziz tak berani ke depan, TM nak kata pada Nik Aziz, "Boleh jalan dah!!"