Khamis, 24 November 2011

Pas Perak meracau sasau

3N buat haru setiap kali persidangan Dun


PAS Perak ni memang baghal, cakap macam main lepas sahaja. Pas dan dua lagi komponen mereka mengutuk bajet yang dibentangkan oleh Najib tetapi pada masa yang sama Pas yang terlebih dahulu berada di depan untuk mengambil segala bantuan dan yang dicadangkan oleh Najib.

Contohnya bantuan persekolahan RM 100 setiap pelajar. Ada kes seorang bapa datang ke sekolah dan menuntut duit RM 100 walhal anaknya baru berusia 6 tahun, sudah tentu tak dapat bantuan tersebut bila tak dapat, mula lah maki hamun dan akhirnya mendedahkan bahawa beliau adalah puak-puak pembangkang.
 
Pas tak payah kutuk bajet BN sebagai bajet pancing undi, Bajet BN dari dahulu lagi adalah bajet membela rakyat, dahulu masa Anwar Ibrahim  bentang bajet pun , Pas kutuk macam-macam tetapi ambil peluang juga hasil bajet tersebut.

TM nak tanya juga Pas, apa tujuaannya Pkr mengeluarkan Buku Jingga dan Pas mengeluarkan Buku Hijau, tidakkah itu bertujuan untuk memancing undi?

Sila jawab wahai Pas Perak!

IPOH, 23 Nov: PAS Perak menyifatkan bajet yang dibentangkan oleh Menteri Besar Perak, Dato’ Dr Zambry Kadir dalam sidang DUN adalah bajet yang hanya bertujuan memancing undi

Timbalan Pesuruhjayanya, Ustaz Misbahul Munir berkata, Bajet yang konon mengutamakan rakyat yang dibentang jelas semata-mata untuk meraih simpati setelah BN gagal menyakinkan rakyat.

Tambahnya, Kadar defsit yang tinggi sebanyak RM 50.142 juta juga membuktikan kerajaan sanggup menanggung defisit yang tinggi hanya bertujuan meraih undi. Pemberian insentif kepada rakyat hanyalah gula-gula yang meracuni rakyat semata-mata.

Pemberian yang berdasarkan ‘one off’ tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat miskin tegar, ia hanya bersifat sementara.

“ Bajet negeri Perak ternyata meniru beberapa pendekatan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat sewaktu pemerintahan 11 bulan dahulu walaupun ketika itu BN menyerang habis-habisan,” katanya ketika dihubungi.

Antara yang pernah dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat dahulu ialah pemberian sumbangan keperluan harian kepada rakyat miskin tegar, bantuan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat, memberi elaun kepada Pengerusi dan Setiusaha JKKK, menaikkan elaun kepada guru-guru Tadika Islam dan KAFA, dermasiswa kepada pelajar IPTA, pemberian tanah kepada Sekolah SUWA dan SAR dan sebagainya.

Malahan, beberapa peruntukan Pakatan Rakyat yang dipertikaikan oleh UMNO BN seperti peruntukkan kepada Hal Ehwal bukan Islam, bantuan kewangan kepada sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, pemberian hak milik kepada penduduk Kg Baru turut ditiru .

Tambahnya, Kini apa yang pernah dibuat oleh PR dulu ditiru oleh kerajaan UMNO BN. PAS tidak mempertikaikan usaha-usaha ini kerana itu adalah hak rakyat, tetapi perlulah lebih telus dan adil.

Beliau berharap Kerajaan BN tidak mengamalkan sikap ‘double standard’ dalam perlaksanaan dasar-dasar pembangunan ekonomi Negeri Perak.

“Apabila Pakatan Rakyat memberi peruntukan dan hak kepada kaum dan agama lain, BN menuduh kami menggadai tanah kepada Cina, Nizar pula ‘dicop’ boneka DAP,” ujarnya lagi.

Pas semenangnya tukang angkat najis Dap. Untuk maklumat lanjut tentang bajet Perak sila masuk
[ke sini]