Sabtu, 5 November 2011

Pas Perak terus berbohong dan menyembunyikan fakta sebenar.

Dulu kutuk Mca, kini jilat Dap.

Pesuruhjaya Pas Perak berbohong lagi telah penubuhan parti Pas. Beliau langsung tidak menyebut bahawa Fuad Hassan kalah kepada Tunku Abdul Rahman dalam perebutan jawatan Presiden Umno.

Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai Umno pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran Umno.

Beliau juga tidak berani menyebut bahawa Pas ditubuhkan kerana Fuad Hassan kecewa dalam kekalahan lalu keluar menubuhkan Pas dan bersumpah untuk menentang Umno di mana saja Umno bertanding. Pas juga mengkafirkan Umno kerana bekerjasama dengan Mca dan Mic. Ini tak disebut oleh beliau kerana takut kepada Dap.

Tak payah lah nak bawa cerita loteri kebajikan masyarakat kerana ia adalah agenda Mca untuk mencari wang bagi membantu rakyat miskin.  Pas tak perlu mempertikaikan kerana Pas sudah keluar barisan, Pas sepatutnya berada dalam barisan perikatan dan mempertahankan syiar Islam, bukan keluar dan buat bising dari luar.