Demo MTUC adalah campur tangan parti pembangkang yang cuba menunjukkan taring mereka dalam jabatan kerajaan.
Baru-baru ini Ketua Audit Negara mendedahkan kepincangan pengurusan harta negara yang melibatkan terlebih belanja dan kurang kecekapan pengurusan stok juga mungkin dilakukan oleh kakitangan kerajaan yang pro pembangkang.
Terlalu banyak bisik-bisik yang TM perolehi mengenai kakitangan yang mengkhianati majikan.
Malah di Putrajaya sendiri ramai kakitangan yang anti kerajaan padahal mereka berada dikedudukan yang tertinggi dalam jabatan.
Sudahlah, kepada pengkhinat, kalau tak suka dengan majikan sila lepaskan jawatan, ramai lagi anak-anak Umno yang akan mengambil tugas kamu.
Tm tahu ramai ketua-ketua jabatan yang mengutamakan anak-anak Pas dalam pengambilan ke jawatan-jawatan baru. Ini bukan baru tetapi sudah lama berjalan. Proses kenaikan pangkat juga lebih mengutamakan puak-puak mereka.
Berbalik kepada piket MTUC, ia tidak perlu diadakan kerana sudah banyak kemudahan yang diberikan oleh kerajaan. Bersyukurlah kita dengan apa yang kita perolehi berbanding dengan kakitangam negara-negara jiran kita.
Rakyat kita kena buka minda dan bandingkan dengan negara lain, lihat betapa bertuahnya kita.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.