Betulkah rumah Saifuddin di Australia RM73.3 juta [sanggahtokjanggut?
Thursday, November 24, 2011
Rumah yang dikatakan milik Saifudin bernilai RM73.3 juta di Australia |
INILAH
gambar sebuah rumah agam yang bernilai RM 73.3 juta yang dikatakan
milik Setiausaha Agung PKR dan juga MP Machang Saifuddin Nasution yang
terletak di Australia dan kalau benar ianya cukup mengejutkan untuk
seorang MP biasa seperti Saifuddin Nasution ini kerana cala-calang orang
yang boleh memiliki rumah yang semewah begini malah Saiffudin juga
didakwa memiliki simpanan wang jutaan ringgit yang disimpan diluar
Negara(ini kita akan dedahkan kemudian).
Saya
terperanjat menerima gambar-gambar yang mendedahkan kekayaan serta
kemewahan yang didakwa milik Saifuddin Nasution kerana mana mungkin MP
yang melebelkan dirinya bersih bolah terlibat dengan pengumpulan harta
dan kekayaan sebegini.Kalau benar ini rumahnya maka jelaslah Saifuddin
adalah pemimpin munafik dan sesuai sangatlah berada di dalam parti
munafik seperti PKR itu..
Sebelum
ini blog ini pernah mendedahkan rumah mewah milik Saiffudin di Machang
yang dibina dengan kualiti kayu bermutu tinggi hingga mencecah harga
jutaan ringgit dan sebuah lagi rumah mewahnya di Setiawangsa,Kuala
Lumpur malah kemampuan Saifuddin memiliki rumah-rumah sebegini mewah
sukar diterima akal kalau bersandarkan kepada gaji ataupun pendapatan
sebagai Ahli Parlimen.Dari mana datang wang sebanyak ini?
Saiffuddin
sebelum ini cukup ghairah mendedahkan kononnya penyelewengan pimpinan
UMNO dan Barisan Nasional rupanya menyembunyikan kebejatan moral yang
cukup tersendiri dan Saifuddin kalau benar merasakan beliau seorang
pemimpin yang bermoral,bebas dari rasuah dan penyelewengan,beliau harus
tampil untuk menyanggah dan mempertahankan dirinya bahawa itu bukan
rumah beliau dan beliau juga tidak mempunyai simpanan ringgit berjuta di
luar Negara itu.Dan pendapatannnya hanya cukup makan untuk dirinya
serta keluarga.
Sumber wangnya dari mana? |
Kita
juga terkejut atas dakwaan pemilikan rumah yang sebegini mahal harganya
sedangkan rakyat di bawah pimpinannya masih hidup melarat di Machang
dan meminum air yang tidak bersih dan berpenyakit.Namun Saifuddin hidup
mewah dan membina kekayaan serta nama atas kemelaratan rakyat yang
beliau jadi wakil rakyatnya.
Kalau
dakwaan ini benar,kita boleh membuat kesimpulan bahawa Saifuddin yang
selama ini terkenal dengan imej Islamik enggan meninggalkan parti PKR
yang tidak bermoral itu kerana beliau memperolehi kekayaan yang cukup
luar biasa dan tujuh keturunan keluarganya tidak akan kebulur ataupun
merempat walaupun satu hari nanti beliau bukan lagi sebagai MP ataupun
Setiausaha Agung PKR.
Mungkin
kerana pengorbanannya untuk terus bersama PKR di saat rakan-rakan
beliau seorang demi seorang meninggalkan parti itu,Saifuddin tetap
bertahan dan Saifudin diberikan ganjaran sebesar ini.Dan hebatnya semua
pemimpin PKR ini dilihat terlalu banyak sumber kekayaan mereka.
Rumah di Machang... |
Malah
kalau dikaji orang-orang yang berada di sekeliling Anwar selain
daripada Saifuddin termasuklah Rahim Ghaouse dan beberapa orang lagi
sanggup menjadi hamba abdi kepada pemimpin PKR itu kerana mereka
memperolehi kekayaan dunia dan berbaga-bagai lagi kemudahan.
Malah
anak Anwar sendiri Nurul Izzah mempunyai simpan tetap di salah sebuah
Bank di Israel dan sehinggga kini Nurul Izzah berdiam diri dan tidak
mengambil tindakan apa-apa terhadap laporan simpanan kewangannya itu
yang didedahkan.