9 Januari 2012 around the corner kata orang putih dan semakin gelabah si laknatullah Anwar Ibrahim.
Apa yang dilakunya ialah cuba menggerakkan tenaga mahasiswa SMM untuk mencetuskan huru hara di Kuala Lumpur pada hari tersebut.
Hari ini Khir Toyo telah dijatuhkan hukuman bersalah dan dipenjarakan. Maka semakin gentar buat Anwar untuk menunggu hari hukuman.
Mungkin Anwar sudah nampak pintu pagar penjara Sungai Buluh semakin mengganggu tidurnya.
Anwar rasa bersalah, dalam ucapan pameran pedang Rasullullah di Gurun Kedah pun beliau sudah membayangkan bahawa beliau akan dipenjarakan kerana hukuman meliwat Saiful.
Ini belum masuk kes melanggan pelacur china, mungkin Anwar selamat kerana Jais, Mais atau Jawi tidak menerima laporan isu china doll.
Cuma harapan kita isu China doll adalah merujuk kepada laporan palsu yang dibuat oleh Anwar dibalai Dang Wangi sahaja.
Kini rakyat menunggu dengan penuh sabar apa yang akan berlaku pada Anwar 9 Januari nanti dan apakah satu rusuhan besar akan dicetuskan oleh Anwar seperti yang berlaku 12 tahun lalu.
Harap pihak berkuasa dapat bersiap siaga untuk berhadapan dengan situasi yang bakal dicetuskan oleh Anwar.
Kepada ibu bapa sila nasihatkan anak-anak mereka yang berada di IPT supaya tidak melibatkan diri mereka dengan sebarang gerakan yang boleh disifatkan sebagai menentang pemerintah.