Ahad, 4 Disember 2011

Firefly vs Air Asia


Firefly menamatkan perkhidmatannya hari ini[ klilk] ke blog baru TM



Syarikat penerbangan tambang murah milik Mas iaitu Firefly akan menutup tirai perkhidmatannya tepat 12 tengah malam ini. Maka berakhirlah saingan antara Firefly dengan Air Asia. Kemenangan 1-0 kekal milik Air Asia.

Selepas Firefly, kemungkinan  bahana akan sampai ke Borneo pula dan Maswing mungkin akan mengikut jejak Firefly.

Pekerja Firefly tidak akan terjejas kerana mereka bergabung dibawah Mas. Yang menjadi mangsa ialah kakitangan Air Asia sendiri kerana jumlah pekerja akan dikurangkan oleh Tony. Pekerja Mas mempunyai suara yang kuat kerana mempunyai persatuan pekerja dan tidak kepada Air Asia. Bersedialah staff Air Asia untuk angkat kaki.

Nampaknya hari ini sistem penerbangan negara menjadi bertambah kronik dan rumit, tambahan pula usaha Tony menjadikan Mas kembali seperti zaman primitif. KLIA akan hilang serinya suatu hari nanti

Tak guna kita bermegah dengan lambang Mas di dada pemain QPR kerana pelbagai isu timbul oleh orang kuat Air Asia. Beliau dikatakan telah menentang kenaikan cukai lapangan terbang menyebabkan beliau diibaratkan seekor anjing yang menggigit tangan orang yang memberikannya makanan.- sumber; pekerja Mas.