Lim Guan Eng akan kecut dalam kapal selam
Guan Eng takut dalam teruja!
Teruja kerana terasa dirinya lebih berharga daripada Tony Pua, Mat Sabu, Hadi Awang, Anwar Ibrahim dan lain-lain daripada parti pembangkang.
Guan Eng juga berasa takut seandainya kapal selam yang menyelam dan tidak dapat timbul semula, maka berakhirlah riwayat Lim Guan Eng yang mengidamkan jawatan Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Apa pun petang ini, Guan Eng akan memberanikan diri untuk menerima pelawaan Zahid Hamidi. Guan Eng akan dibekalkan beberapa gajet oleh kroninya untuk mengintip peralatan-peralatan canggih yang berada dalam kapal selam tersebut.
Tetapi sayang apabila nak masuk ke dalam kapal selam, Guan Eng dikehendaki menukar pakaian lain dan meninggalkan segala-gala gajet di atas, pemeriksaan rapi terpaksa dilakukan sebelum dibenarkan memasuki kapal tersebut.
Setelah berada di dalam kapal dan menyelam sedalam 50 meter, tiba-tiba satu kerosakan teknikal berlaku dan kapal gagal berhubung dengan pihak luar, berlaku masalah elektrik dan hilang tenaga secara tiba-tiba. Zahid terus menunaikan solat hajat dan membaca surah yassin, manakala Guan Eng terus jadi sewel dan hilang akal, terkucil dan hilang akal buat selama-lamanya.
Setelah segala kerosakan yang disengajakan selesai, kapal selam kembali ke permukaan dan Guan Eng terus sewel dan ditempatkan di hospital wad gila.
Pas menangis mengenangkan pemimpin yang mereka sayangi sudah tidak betul lagi,,,,