Hari ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu media bahawa beliau telah menghantar surat jemputan rasmi kepada para pemimpin utama pembangkang untuk sama-sama merasai pengalaman menaiki dan menyelam bersama kapal selam negara, KD Tun Razak bersempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA '11).
Malangnya, dari ramai-ramai yang dijemput, hanya seorang saja yang berani tampil untuk menerima jemputan tersebut. Satu-satunya pemimpin pembangkang itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang dijadualkan akan hadir pada jam 3 petang, Jumaat ini bagi memenuhi jemputan itu.
Menurutnya lagi, selain Guan Eng, hanya Nurul Izzah yang memberikan respon terhadap jemputan itu. Itu pun, Izzah dilaporkan menolak pelawaan itu. Mungkin takut dirinya dimalukan dikhalayak ramai, barangkali…
Lihatlah rakyat Malaysia. Ketika mana Kerajaan berhabis meningkatkan keupayaan pertahanan negara dengan pembelian kedua kapal delam tersebut, para pemimpin pembangkang berceramah di sana sini, keliling negara memburuk-burukkan negara.
Kononnya, kapal selam Scorpene yang dibeli itu tidak mampu menyelam, bocor dan rosak di sana sini. Kononnya, Kerajaan BN hanya membazirkan wang rakyat membeli kapal-kapal selam tersebut. Malah, difitnahnya pula pemimpin Kerajaan kononnya menerima komisyen melalui pembelian kapal selam tersebut.
Meskipun dakwaan tersebut telah diperjelas dan dijawab secara terperinci oleh Perdana Menteri dan para kabinetnya, puak-puak pembangkang tetap menolak dan memekakkan telinga seolah-olah dungu dan bodoh! Lebih menyakitkan hati lagi, mereka menyebarkan tohmahan memburuk-burukkan Kerajaan kepada rakyat. Walhal, semua yang diperkatakan itu dusta semata-mata dan mereka seolah bangga pula bila berbohong kepada rakyat…
Selain itu, pembangkang juga mempersoalkan harga kapal selam yang dikatakan terlalu tinggi berbanding harga pasaran. Ishhh..!!! Kerajaan bukannya beli sampan! Kerajaan beli kapal selam lah! Lagi pun, harga sesebuah kapal selam bergantung kepada spesifikasi yang dimuatkan dalam pakej tersebut. Lebih canggih, maka lebih mahallah harganya. Janganlah nak bandingkan dengan harga kapal selam lain kerana kapal selam dibina berdasarkan permintaan pembeli!
Kalau nak tahu sangat sebab-sebab kapal selam itu mahal, terimalah jemputan nak kapal selam tu. Boleh tengok secara terperinci dan tanya Zahid Hamidi mengenai harga setiap "parts" yang ada pada kapal selam tu. Tanya beliau harga kipas sebilah berapa ringgit, harga tangga, harga teropong, harga skru dan sebagainya…kasi puas hati sendiri..!!!
Kini, setelah puas ditohmah, Kerajaan sekali lagi menjemput mereka-mereka yang bodoh sombong itu untuk menyaksikan sendiri kapal selam yang selama ini dikutuk mereka itu. Mana Tony Pua? Mana Anwar? Mana Mahfuz? Dan mengapa pula Nurul Izzah menolak jemputan untuk membuktikan kebenaran yang cuba dibuktikan Kerajaan itu?
Memang benar mereka takut! Takut kerana Kerajaan telah berjaya membuktikan pembohongan mereka selama ini. Takut kerana tembelang mereka sudah pecah. Takut kerana segala penipuan mereka selama ini begitu senang ditangkis oleh Kerajaan. Takut kerana mereka risau rakyat tahu bahawa merekalah penabur fitnah paling berjaya abad ini!
Begitulah perihal para pemimpin pembangkang. Dijualnya pembohongan kepada rakyat, dan bila dibuktikan mereka berbohong, mereka terkucil-kucil lari dari kebenaran. Saya pasti, rakyat sememangnya celik untuk menilai kebobrokan pembangkang yang gemar memanipulasi dan menjaja fitnah kepada mereka.
Mereka akhirnya akan sedar bahawa Kerajaan Barisan Nasional adalah "permata berharga", manakala pembangkang jelas sekali "kaca yang hina". InsyaAllah, Allah akan buktikan semuanya menjelang PRU 13 nanti. Agar kita tidak silap memilih lagi…
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.