Isu David Nga Ahli Parlimen Taiping yang salah guna kuasa dalam tender pakaian rasmi telah lama didedahkan tetapi tidak menjadi besar dan gah.
Bagaimanapun dua bloggers Sekupang Dua dan Shashi MIC Selangor telah menghangatkan kembali isu ini.
Sebelum itu Nga dikritik hebat kerana Perak Today telah mendedahkan pembohongan beliau menafikan perkataan metalik hitam, haram jadah dan darul kartun.
Terdahulu, TM telah mendedahkan sikap biadap beliau yang masuk ke rumah orang dengan berkasut.
Dalam satu isu sekolah cina SRJKC di Pantai Remis beliau menyalahkan kerajaan kerana sekolah tersebut retak dan minta kerajaan bertanggung jawab. Pada hal sekolah tersebut tidak layak mendapat peruntukan kerana ia bertaraf bantuan sahaja. Nga sepatutnya mencari sumber kewangan untuk membaiki sekolah tersebut.
Sayangnya semua kelemahan Nga tidak dimanfaatkan oleh Gerakan dan MCA Taiping untuk menghentaknya betul-betul.
Masing-masing diam membisu. Kalau sesuatu isu yang ditimbulkan oleh pemimpin Gerakan dan MCA sudah tentu DAP akan mencanangkan hari-hari dalam majlis jamuan makan mereka.
Dalam isu penyelewengan tempahan baju koperat oleh isterinya, sama ada bersalah atau tidak hanya boleh ditentukan oleh mahkamah tetapi kesempatan untuk menjatuhkan beliau dari segi moral patut menjadi perkara utama dalam agenda BN Taiping umumnya. Setakat hari ini zero.
Kita harus ingat pengundi di Taiping bukan semua tahu isu baju ini, tak percaya tanyalah penjual ikan dan sayur di market besar Taiping, Pokok Assam dan Simpang, semua kata tak tahu.
Harapan TM ialah barisan kepimpinan Barisan Nasional Taiping dapat bertindak segera. Peluang sudah ada, modal sudah ada dan janganlah lepaskan begitu sahaja.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.