Sabtu, 24 Disember 2011

PAS vs PAS

Nampak jelas Pas semakin terdesak. Dewan ulama Pas yang diketuai oleh Datuk Harun Taib mempertahankan Datuk Dr Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden Ust Nasharuddin Mat Isa.

Kepimpinan parti ingin memecat dan mengenakan tidakan terhadap dua orang tokoh besar ini.

Kepimpinan Pas melihat dua nama ini memberi ancaman besar kepada tokoh-tokoh lain yang kurang kelayakan akademik mereka. Dr Hasan adalah berpendidikan sekular dan bekas PTD yang cekap dalam selok belok pentadbiran akan menonjol malah boleh menggugat Mat Sabu, Husam Musa, Mustafa Ali dan ramai lagi.

Dr Hasan bukan datang dari bawah, beliau adalah bidan terjun, sama seperti Nizar Jamaludin. Cuma bezanya Dr Hasan ali Ali pernah dibubuh pasir ke dalam periuk nasinya oleh Anwar Ibrahim pada tahun 1993 dahulu sehingga menyebabkan Dr Hasan hampir muflis.

Tidak mustahil, Anwar sekali lagi bertindak jahat untuk kali kedua bagi menggagalkan usaha Dr Hasan untuk menjadi orang nombor 1 dalam Pas.

Hasan Ali seorang yang tegas , berprinsip, komited dalam tugas dan perjuangannya. Dr Hasan juga memberi ancaman besar kepada Hadi Awang.

Dr Hasan sejak kali pertama bertanding telah disepak terajang sesuka hati oleh kepimpinan Pas.

Bermula sebagai giant killer di Parit Buntar dan sepenggal sahaja, tempat beliau dirampas oleh orang lain. Kemudian diterajang ke Dun Sungai Burung Selangor dan akhirnya ke Dun Gombak.

Dr Hasan akur kehendak parti tanpa membantah. Tetapi sampai bila dia sanggup akur dan dibuli oleh kepimpinan Pas, akhirnya amarah dan rasa kecewanya terpaksa dilepaskan di tv3 malam Rabu lepas.

Dr Hasan ternyata kecewa dengan dasar perjuangan Pas hari ini yang tersasar dari landasan sebenarnya.

Pas hari ini lebih utamakan harta rampasan perang. Masing-masing ingin membolot harta dan mengumpul kekayaan sendiri. Mengumpul isteri, kereta dan rumah besar.

Hari tiada lagi pemimpin Pas memandu kereta Datsun buahulu. Semuanya melaram dalam Mercedes, Toyota Fortuner, Lexus dan sebagainya.

Bila berlaku perceraian pula, tuntutan nafkah sepencarian mencapai tahap juta bukan lagi ribu-ribu. Hebat Pas hari ini. Hebat menfitnah, membawa cerita aib orang, mendoakan keburukan terhadap orang lain, meruntuhkan perpaduan umat, memecah belahkan masyarakat, menghasut dan menggugut adalah menjadi darah daging Pas hari ini.

Sekian bersambung/......