Sabtu, 24 Disember 2011

Ugutan: Adam Adli lapor polis, terima notis tatatertib





KUALA LUMPUR: Pemimpin pelajar, Adam Adli yang menurunkan bendera memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di PWTC Sabtu lalu membuat laporan polis berhubung ugutan yang diterimanya.

Menurut peguamnya, Fadiah Nadwa Fikri, ugutan itu dipercayai diterima dari seorang anggota polis dikenali sebagai Ruslan Mokhtar.

“Ruslan dipercayai seorang anggota polis kerana pegawai polis di luar pondok Bukit Aman seolah-olah mengenalinya. Adam pergi untuk membuat aduan tentang ugutan yang diterima dan pada masa sama polis cuba membawa Adam.

“Kita mahu lihat anggota polis yang terlibat diambil tindakan kerana jelas ada ugutan dari pihak-pihak yang mempunyai kuasa,” dakwa beliau.

Ujar Fadiah , tindakan Adam yang menurunkan bendera itu hanya tidak mematuhi sivil dan bukan berunsur jenayah.

Katanya, tindakan itu boleh diterima di seluruh dunia malah pihak polis disarankan menghentikan sebarang ancaman terhadap mahasiswa terbabit.

Sabtu lalu, Adam bersama kumpulan mahasiswa lain mengadakan perarakan dari Masjid Jamek ke pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan seterusnya ke bangunan PWTC.

Apabila tiba di PWTC, pelajar berkenaan menyerahkan pula memorandum mereka kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah