Sabtu, 7 Januari 2012

Soalan cepumas untuk dijawab oleh Azhar Idrus

  1. Apa hukumnya sesorang itu mengerjakan Haji dengan wang sponsor oleh orang yang ada kepentingan terhadap kuasa seseorang?
  2. Apa hukumnya jika seseorang pemimpin yang berjanji sekiranya menang pilihanraya mereka akan melaksanakan hukum hudud tetapi setelah menang mereka tidak laksanakan?
  3. Pas tidak munafik walaupun pernah berjanji jika hari ini kita menang, esok sebelum ayam kokok kita hapuskan kilang arak ?
  4. Apa hukumnya jika pemimpin yang berkuasa ke atas undang-undang syariah apabila diberitahu ada pemimpin lain di bawahnya terlibat dengan zina tetapi tidak mengendahkannya sedangkan ada saksi yang sanggup tampil ke depan.
  5. Apa hukumnya sebuah kerajaan yang banyak mendirikan berhala pada zaman pemerintahannya melebih daripada mendirikan masjid malah hampir tiada lansgung masjid didirikan?
  6. Apa hukumnya jika seorang pemimpin yang berkuasa melantik anak menantunya menjadi Pengarah Syarikat dalam negeri yang diperintanya tanpa persetujuan syumul dan ahli lain?
  7. Apa hukumnya jika sebuah kerajaan gagal untuk menyediakan kemudahan asas seperti air bersih kepada rakyat sedangkan sebelum ini mereka berjanji untuk melaksanakannya?
  8. Apa hukumnya jika seorang pemimpin mengarahkan arak yang dirampas dihantar balik kepada penjual seperti yang berlaku di Selangor?
  9. Apa hukumnya pemimpin yang menghalang Jabatan Agama membenteras gerakan Kristian memurtadkan orang-orang Islam malah mereka ini menyalahkan Jabatan Agama?
  10. Apakah hukumnya jika pemimpin Islam menolak untuk bersatu dan perpaduan sesama Islam yang lain malah menolak ataupun meningkirkan pemimpin-pemimpin Islam lain yang mahu bersatu?
  11. Apakah hukumnya memfitnah pemimpin atau orang lain membunuh seseorang sedangkan tiada sebarang saksi ataupun bukti walau sekeping gamabr mauopun seminit video?
  12.  Dan apakah hukumnya jika seseorang itu tidak bersyukur kepada Allah dan tidak berterima kasih kepada kerajaan di atas segala nikmat yang mereka terima ?
Dalam youtube Azhar Idrus banyak menghentam kerajaan Barisan Umno dan menghina pemimpin negara. Kepimpinan dan pemerintahan Pas dipuji.  Ini bukan taraf ustaz, soalan di atas di petik dari blog House PK