Jumaat, 13 Januari 2012

Agenda baru PKR gagal lagi

Selepas selesai perbicaraan liwat Saiful vs Anwar dan kemenangan bagi pihak Anwar tidak memberikan apa-apa erti.

Kemenangan yang sebenarnya adalah hak Saiful. Ini bukan foul play tetapi kenyataan sebenar.

Anwar dilepas bebas hanya dari sudut teknikal sahaja. Hakim bertindak adil dan cukup bertimbang rasa.

Hukuman 20 tahun cukup azab dan dahsyat jika dikenakan terhadap Anwar.

Andainya Anwar dijatuhkan hukuman 6 bulan atau 2 tahun penjara ia juga tidak memadai dengan kes yang dianggap kes jenayah berat di bawah seksyen acara jenayah 377b.

So, dengan melepas bebaskan Anwar ia memberi peluang kepada AG dan Saiful untuk membawa kes ke mahkamah rayuan dimana hukuman akan diputuskan oleh sekurang-kurangnya 3 hakim.

Oleh itu rakyat rata-rata bersetuju mendesak AG menfailkan kes ke mahkamah rayuan.

Majlis Peguam mungkin telah nampak bahawa Anwar tetap akan dihukum dan sebagai langkah awal , mereka juga memujuk agar AG tidak membuat rayuan.

Di luar mahkamah lain pula ceritanya. Azmin dan Shamsul telah dimalukan oleh ahli-ahli PKR kerana gagal menghimpunkan 40 ribu ahli PKR.

Sasaran Azmin ialah 100 ribu, bermakna ia mengharapkan ahli Pas dan Dap untuk turun padang.

Penyokong Dap langsung tak nampak batang hidung, Yang terkinja-kinja adalah muslimat Pas dan tentera upahan sahaja.

Insiden letupan 3 butir bom terus memalukan PR. Walaupun MSO menuduh ia kerja Umno tetapi gagal memberikan sebarang bukti walaupun PDRM sudah membuat ganjaran lumayan untuk menangkap orang yang bertanggung jawab dalam insiden itu.

AMK Pkr Pulau Pinang cuba cover malu dengan membuat laporan polis terhadap blogger PapaGomo kononnya menghina mahkamah dan menggunakan bahasa kesat terhadap Anwar.

AMK lupa bahawa dalam road show, Anwarlah yang paling lantang dan kerap menggunakan bahasa kesat, termasuk jugalah Azmin dan Mak Lampir.

Paling malu ialah Nik Nazmi bekas SU MB Selangor, beliau cuba mengalih isu liwat dengan cubaan memalitkan najis kepada Menteri Agama DS Jamil Khir kononya beliau telah menyalah gunakan wang zakat untuk bayaran guaman

Khalayak harus tahu, bahawa ia berpunca dari Anwar juga. Anwar bawa kes liwat ke mahkamah syariah supaya Jawi dan Jamil Khir mengambil tindakan terhadap Saiful yang bawa isu Qazaf.

Pelik bin Ajaib lah, sepatutnya Anwar saman Saiful di mahkamah syariah kerana menuduhnya meliwat Saiful, tetapi Anwar tidak saman Saiful sebaliknya mahukan Jamil Khir yang berbuat demikian.

Hari ini Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan kenyataan bahawa wang zakat boleh digunakan tujuan asnaf fisabillillah.

Berasaskan keterangan mufti jelaslah bahawa wang zakat untuk kos guaman boleh digunakan mengikut hukum syarak.

Dahulu TM bagaimana Pas boleh menggunakan wang zakat fitrah untuk tujuan politik seperti perbelanjaan pilihanraya dan sebagainya. Agaknya majlis Syura Pas menggunakan asnaf fisabillillah untuk menghalalkan tindakan mereka.

Lihatlah betapa munafiknya Pas. Dah tahu hukum tetapi tidak mentarbiahkan tok tok guru mereka dalam hal ini. Sebab tu lah Nik Nazmi dan lain-lain 'ustaz Pas' galak menghentam Jamil Khir tetapi Pas buat bodoh sahaja.

Anwar kini berada di Turki selepas menyucikan dirinya di Sungai Gangga kalau ikut apa yang dia katalah . Selepas ini mungkin ke Mekah buat umrah dan bertaubat di sana atau .........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan