Ahad, 8 Januari 2012

Demo Pas di Taiping II

Ekoran daripada pendedahan mengenai demontrasi oleh pengikut Pas di Masjid Taiping Jumaat lalu telah terbongkar lagi.

Petang tadi TM telah dimaklumkan bahawa peserta demo itu memang sah adalah diimport dari luar. Ini kerana muka-muka yang buat demo naik keretapi jam 12.00 malam ke Kuala Lumpur.

Ini adalah agenda Pas Pusat dan muka-muka ini lah yang akan menjerit dan terpekik terlolong di Mahkamah Jalan Duta esok.


Kemungkinan mereka adalah daripada skuad khas yang ditubuhkan oleh Pas dan akan siap siaga untuk digerakkan kemana sahaja hatta ke lubang kubur pun mereka sanggup pergi. Semuanya kerana jihad Pas yang menjanjikan syurga kepada mereka.