Jumaat, 20 Januari 2012

Dewan Orang Ramai dirosakkan oleh puak-puak kecewa



Dewan orang ramai ini telah dinamakan Dewan JKK dan UMNO di Kg Changkat Ibol,dalam Parlimen Bukit Gantang oleh pihak berkuasa Pejabat Daerah LMS.Perkataan UMNO telah dipadam .


Perkataan UMNO telah dipadam oleh orang UMNO sendiri.Pihak JKK Umno telah membuat laporan polis.Kononnya dewan mereka telah diconteng oleh musuh politik ,padahal penulis mendapat maklumat orang UMNO sendiri yang menconteng. Mereka ahli UMNO marah dewan dan tanah milik kerajaan,dijadikan Dewan UMNO,bukannya dewan untuk orang ramai.


Menurut satu sumber Pejabat Daerah LMS, dewan yang dibina baru itu menggunakan peruntukan kerajaan bukannya peruntukan UMNO. Sekali lagi,UMNO menjuarai parti pemecah belah masyarakat.Menurut satu sumber YB Rosli Husein (Trong) yang menyuruh dewan orang ramai dinama Dewan JKK dan UMNO.
TM_NOTE:
Changkat Ibol memang mempunyai kumpulan taksub Pas yang sanggup mati mempertahankan partinya. Bukti jelas ialah semasa PRK 59 Bukit Gantang. Pas bertindak ganas, seperti menutup masjid daripada orang luar, hanya yang ada bendera Pas sahaja boleh masuk dan bersolat di tempat mereka.  Mengerat dan menconteng, merosak dan mencabut buang poster BN menjadi kebiasaan.

Cerita di atas adalah dari puak Pas. Bagaimana mereka tahu dan mengambil berat dengan isu memadamkan perkataan Umno dan menuduh ia perbuatan Umno sendiri? Jawapannya sudah tentulah puak-puak kamekazi Pas yang buat kerja tu.  TM dah masak sangat dengan perangai buruk Pas. jangan dok berdaah la. Kalau orang Umno nak betulkan ejaan maka mereka akan buat dengan cara yang betul dan tertib