Dari masuk Umno lebih baik masuk DAP?
Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 20 Jan: Dengan penyertaan beberapa orang Melayu termasuk orang kuat Umno ke dalam DAP sejak akhir-akhir membuktikan dakwaan Umno bahawa DAP anti Melayu selama ini meleset sama sekali.Memang ada orang melayu walaupun beragama Islam tapi rasa tak selesa untuk bersama degan PAS. Mungkin kut depa tak berapa nak selesa bila tengok orang PAS sibuk dengan kuliah, usrah, liqa, tamrin, mukhaiyyam dan macam-macam lagi program bercirikan Islam yang ada dalam PAS.
Malah kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar), cubaan Umno menakut-nakutkan orang Melayu terhadap DAP itu ternyata gagal apabila terbaru bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Mohd Hata Wahari menyertai DAP semalam.
Yang lebih menarik lagi, Hata Wahari adalah bekas wartawan Utusan Melayu, organisasi media milik Umno sendiri.
Perkembangan itu juga jelas Mahfuz membuktikan bahawa DAP lebih diyakini oleh sesetengah rakyat termasuk Melayu berbanding Umno dan MCA. - Hrkh.
Nak masuk PKR pun depa tak berapa bak boleh. Mungkin depa tak berapa nak selesa nak bersama dengan PKR pasai depa nampak cara berpolitik dalam PKR saling tak tumpah macam dalam Umno.
Untuk golongan macam ni, mungkin depa boleh pilih dan lebih sesuai untuk bersama dengan DAP.
Tambah-tambah pulak dengan perkembangan terkini, persepsi orang melayu terhadap DAP dah semakin ok. DAP sekarang dilihat tak lagi macam DAP 20 tahun dulu, dah banyak berubah. Aku sendiri pun dah ada persepsi berbeza dengan DAP, tak macam 20 tahun dulu.
Macam yang aku pernah dengar ada ustaz PAS dulu-dulu yang kata "Dari masuk Umno lebih baik masuk DAP" Memang betul dan tepat sekali (tentunya dengan nada yang berbeza dari nada ustas PAS dulu-dulu tu.)
Pun begitu masih ramai orang melayu termasuk yang ada dalam PAS dan PKR yang masih ada persepsi negatif dengan DAP. Mungkin FAQ kat bawah ni boleh meredakan sikit kegelisahan depa.
source: http://cenangau.blogspot.com/2012/01/dari-masuk-umno-lebih-baik-masuk-dap.html#ixzz1k3c5qBZO