Ahad, 8 Januari 2012

Laporan Terkini Solat Jahat di rumah Anwar


KUALA LUMPUR - Tidak kurang tiga ratus orang berhimpun dalam majlis solat hajat yang diadakan diperkarangan rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini sebagai tanda sokongan penuh beliau supaya diberi keadilan dalam keputusan perbicaraan esok.

Solat hajat diimamkan oleh bekas mufti Wilayah Persekutuan Profesor Madya Datuk Dr. Mohd Hashim Yahya dengan harapan agar Malaysia diselamatkan dan Anwar bebas dari dipalitkan dengan dakwaan meliwat.

Majlis berkenaan bermula sekitar jam 7 petang yang menyaksikan orang ramai menunaikan solat Maghrib berjemaah dan diikuti dengan ceramah.

Selesai solat Isyak, mereka mengadakan sembahyang hajat. Antara yang hadir Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin. - SH Online/Nadia Zaman, Photo: Nor Izzati Mohd Jaafar