Dedah punca Pas disingkir dari BN
UJANG JAWA
Nilai, Negeri Sembilan
Rakyat acap kali dimomokkan dengan cerita bahawa Parti Islam SeMalaysia (Pas) 'angkat kaki' dari kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1977 dahulu disebabkan oleh 'sifat kejam' dan 'tikam belakang' kerajaan terhadap Pas pada masa itu.
Kerana itulah, apabila ada sahaja usaha untuk mewujudkan perpaduan dan kesatuan antara parti politik UMNO dan BN bersama Pas tidak lama dulu, akan ada suara sumbang daripada juak Pas mendendangkan lagu dan ceritera dongeng yang sama, bahawa kerajaan BN telah 'menganaktirikan' Pas suatu ketika dulu.
Impaknya, rakyat marhain yang tidak berusaha untuk mengkaji dan menelusuri sejarah silam dan mengorek cerita sebenar akan menelan bulat-bulat cerita dongeng juak Pas ini. Hakikatnya, perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Kerajaan BN tidaklah bersifat kejam sebagaimana yang disandiwarakan oleh pihak Pas sekarang.
Tetapi kelihatannya di pihak kerajaan dan BN, tiada usaha yang begitu serius dan meluas dalam menceritakan 'kisah benar' di sebalik tuduhan dan cerita dongeng yang didendangkan Pas.
Ada dalam kalangan rakyat yang menjumpai dan menginsafi fakta sebenar Pas dikeluarkan dari BN. Fakta ini merupakan kebenaran yang tidak seharusnya disenyapkan pihak BN demi merungkai rasa benci dan menyampah rakyat yang bersifat melulu lantaran dengan naifnya tertelan gula-gula penipuan juak Pas ini.
Kini banyak suara di peringkat akar umbi, di seluruh pelosok negara mahukan agar kisah ini disebarluaskan. Gunakan media cetak, media massa dan media baharu sebaik-baiknya dalam menterjemahkan suratan sejarah yang sebenar-benarnya. Kongsikan dengan rakyat mengapa pada tahun tersebut pimpinan Pas melucutkan jawatan Datuk Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan tanpa merujuk kepada Kerajaan Pusat terlebih dahulu.
Ceritakan juga mengapa kerajaan BN pimpinan Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, terpaksa 'menceraikan' Pas atas sebab musabab keselamatan dan keamanan di negeri Kelantan. Lebih elok lagi, huraikan juga intipati ucapan Hussein Onn pada tahun tersebut yang berkait secara langsung dengan tindakan biadab Pas yang tidak memegang aspirasi kerjasama apabila berada dalam kerajaan BN.
Ini secara langsung diyakini dapat membuka mata hati dan pemikiran rakyat untuk menyedari bahawa mereka selama ini tertipu dengan cerekarama dan dongeng klasik yang seolah-olah menunjukkan bahawa kerajaan BN 'dulu, kini dan selamanya' adalah kejam terhadap parti Pas dan juga terhadap rakyat.
Setidak-tidaknya juga usaha 'membuka pekung di dada' Pas ini juga akan menutup mulut busuk mereka yang sewenang-wenangnya menyebarkan penipuan terhadap kerajaan BN dalam kalangan penyokong mereka dan rakyat amnya. Semoga Tuhan akan terus merahmati negara Malaysia ini dan melindungi rakyatnya daripada pertelagahan, penindasan dan perpecahan.
Nak ke tau kenapa Nik Aziz benci sangat dengan UMNO/BN
| Written by GTPuteri | ||||
| Thursday, 18 August 2011 13:38 | ||||
| 
 
Kerja kami membongkar!!!!  
Hijab puak pembangkang telah tertutup sejak adanya tokoh pemimpin dikalangan mereka yang mempunyai kepentingan pribadi dan menutup pekung di dada akibat kesalahan yang dilakukan mereka sendiri. Siapa kata Nik Aziz Nikmat tak ada buat kesilapan yang perlu ditentang?? Oleh kerana taksub dengan imej Ulamak, Personaliti Nik Aziz Nikmat sentiasa dihormati oleh ahli PAS kuno. 
Peliklah
 kita mendengar taraf ulamak yang bertindak menggunakan emosi tidak 
menggunakan akal. Tambahan 'ular dalam semak' seperti Nik Aziz Nikmat 
menggunakan otak lutut bukan yang dikurniakan oleh Allah terhadap 
otaknya yang maksum satu ketika dahulu. Maksum ke dia?? Tidak pula ku 
tahu. 
Ramai yang tidak tahu, kami pun tak tahu.. tapi, nih kami baru tahu.. Jom bongkar???? 
Berikut
 diperolehi dari laman FACEBOOK (Group Melayu Mudah Lupa). Dengarnya 
dikeluarkan oleh pengikut PAS dan telah di copy paste oleh Facebookers 
bagi mencari kebenaran melalui persepsi. Dalam PAS sendiri pun ada duri 
dalam daging??? Maka tak hairanlah PAS sedang menuju kehancuran.)  
Mulakan membaca ini, Antara Punca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri. Malah didalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidak puasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed bin Nasir. 
Klik di sini kenapa PAS disingkir dari Barisan Nasional.  
1. Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN.  
2.
 Pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk menjatuhkan Presiden 
PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda.  
Usaha
 menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah tokoh 
PAS yg bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada 
tahun 1973.
3. Asas yg 
digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketika itu) untuk 
menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas 
PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 
kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan 
UMNO. 
4. Dalam tempoh (1973-1978) 
Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah 
dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas
 di Kelantan. 
Hakikatnya 
spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian
 pemimpin dan ahli2 PAS yang tidak berpuashati dengan perpaduan 
PAS-UMNO. 
5. Krisis Kepimipinan 
PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap 
Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. 
Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri. 
6.
 Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS
 Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau 
meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang 
dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan
 Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. 
Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982. 
FAKTA TAMBAHAN II. 
7. Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978. 
8. Tumbangnya 
Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkan
 berlakulah rusuhan yg dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. 
9.
 Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada
 9 Disember 1977, selaku Perdana Menteri ketika itu, belaiu harus 
bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang 
dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan 
mengekang rusuhan seperti peristiwa 13 Mei 1969 berulang. 
10.
 Pada November 1977, Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang 
darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh 
Kerajaan Pusat. 
11. Rang undang2 
Darurat Kelantan dirangka bersama menteri-menteri PAS yang ketika itu 
masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. 
12. Setelah
 Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari 
beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas 
Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat yg dari awal begitu lantang 
menetang gabungan PAS-BN. 
13. 
Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang 
DiPertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat 
oleh Datuk Mohd Asri yang kononnya beliau menjadi ketua menteri-menteri 
PAS yg menyokong rang undang-undang Darurat. 
14. Malah
 beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu 
terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan 
gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yg 
dilakukan BN di Kelantan. 
15. 
Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil 
ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa 
membuka tali yg mengabungkan PAS-UMNO. 
16.
 Rentetan dari itu juga menyebabkan Krisis dalaman PAS yang kepada 
perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim. 
17. Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac
 1978. 
18. Pada 
PRK Mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yang selama ini 
disimpan oleh beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz ketika itu 
terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan 
sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri 
Kelantan. 
Sumber : Arn Ron Facebookers, group Melayu Mudah Lupa!!
p/s
 : Gempar!!! Nik Aziz Nikmat sendiri mahu menutup pekung kesalahannya. 
Dialah    yang memulakan menyalahkan UMNO/BN dalam apa sahaja kemajuan 
yang dibawa. Penganut PAS sendiri semakin terkeliru di mana fakta, auta 
dan nampak gayanya temberang saja yang lebih bagi menagih undi rakyat 
dari dulu hingga kini. Buktinya tiada satu pun pembinaan Masjid Baru. 
Fikir-fikirkanlah.. 
PAS
 perlu ditolak kerana dah semakin munafik kepada rakyat Malaysia 
tambahan lagi sekarang ini telah bekerjasama dengan DAP yang sangat 
membenci Melayu!! 
 | 
