Kutip duit untuk menambah buncit perut pemimpin Pas |
Pas yang beriya-iya hendak mendaulatkan kepimpinan ulama hari ini terpaksa akur dengan tindakan Khalid Ibrahim yang merampas jawatan tersebut daripada Pas. Lalu keluarlah kenyataan di bawah oleh Mat Sabu.
Takiyuddin pula juga terpaksa akur dengan tindakan Pkr dengan memuji Khalid sebagai membuktikan PKR ambil berat tentang Islam.
Ambil berat tentang Islam? Lawak bodoh lah wahai Takiyuddin....cuba lihat balik isu memurtadkan umat Islam dan isu liwat yang melibatkan pemimpin Pkr........
KUALA LUMPUR, Jan 20: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, bukan semestinya orang belajar agama sahaja yang boleh mengambil tugas Exco hal ehwal agama, tetapi perlukan seorang Muslim yang amanah, jujur dan ikhlas.Harakahdaily
Pas menyifatkan tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama Islam daripada wakil parti itu membuktikan kerajaan Parti Keadilan (PKR) Selangor mengambil berat perkembangan agama suci itu.
Ini namanya ayat memujuk diri sendiri yang kecewa.....menangis dalam hati siapa yang tahuPenolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya tidak mengalami sebarang kerugian atau tamparan hebat berikutan tindakan tersebut kerana masih mempunyai tiga Exco dalam Kerajaan PKR Selangor.