Rabu, 25 Januari 2012

PM " tak aci ni kalau tak turun ke laut pun dapat RM200. Itu baiknya ker...



Uploaded by najibrazak on Jan 24, 2012

Kuantan, 21/01/2012 - Saya melancarkan program Ihsan Samudera peringkat kebangsaan 2012.

Pelbagai sumbangan turut dihulurkan oleh Yayasan 1MDB seperti, sumbangan bantuan kewangan kepada murid-murid sekolah rendah, pemberian bantuan pakaian,peralatan dan kelengkapan sekolah rendah.

Untuk para nelayan pula, pemberian bot 19' kepada sehinggan 60 nelayan yang berkelayakan.Sumbangan enjin bot 30hp kepada sehingga 60 nelayan.Pemberian GPS kepada sehingga 450 nelayan.Pemberian pukat kepada sehingga 600 nelayan.Sumbangan jaket keselamatan kepada 1200 nelayan.Pembinaan tukun tiruan untuk satu kawasan yang akan dikenalpasti dan Sumbangan kawat bubu kepada 600 nelayan.

Turut hadir isteri saya dan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob.