Isnin, 2 Januari 2012

Program Bebaskan Anwar dari dipenjarakan 9 Januari 2012

Dalam keadaan terdesak dan tertekan Anwar sedang merancang satu gerakan "BEBASKAN ANWAR IBRAHIM"901

Dalam program ini beliau akan menerangkan kepada pengikutnya usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh mereka seandainya beliau dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun akibat kes liwat.

Dia tahu bahawa jika disabitkan bersalah selepas perbicaraan yang telah dijalankan, kes rayuan boleh dibuah di mahkamah persekutan dan kalau dia bawa ke ICJ pun boleh tetapi Anwar tidak nampak akan kes rayuan akan memihak kepada beliau.

Oleh itu 901 adalah menjadi taruhan beliau untuk menjatuhkan kerajaan seperti yang berlaku di Tunisia, Mesir, Libya, Syria dll.

Usaha permulaan ialah dengan menggunakan pelajar IPTA untuk membuat huru-hara kononnya menentang AUKU dan bebaskan kampus dari cengkaman kerajaan sedangkan umum tahu bahawa akta tersebut sedang digubal oleh kerajaan.

Dengan membayar upah yang besar, Solidariti Mahasiswa Malaysia segelintir pelajar terpaksa menggadaikan maruah dan masa depan mereka dengan menggerakkan demontrasi.

Pada malam tahun baru Adam Adli dan konco-konconya telah membuat percubaan kali kedua di luar kampus UPSI dengan bantuan rakan-rakannya dari IPT lain yang terpaksa di import terutama dari Lembah Kelang.

Ternyata demo tersebut gagal apabila Adam sendiri tersentak dengan kehadiran polis dan bukan dari unit FRU seperti yang dihebohkan oleh pembangkang.

Kecederaan pelajar berlaku kerana tindakan terdesak mereka untuk menyelamatkan diri menemui jalan buntu.

Pihak pentadbiran UPSI telah menutup pintu pagar dan tidak membenarkan mereka masuk ke dalam kawasan. Inilah yang menyebabkan mereka cuba menyelamatkan diri dengan memecah masuk ke dalam klinik Darul Syifaq yang hampir dengan lokasi demo.

Mereka tahu bahawa klinik tersebut adalah milik pemimpin Pas dan halal jika dipecahkan pintu untuk berlindung di dalam bagi mengelakkan mereka dicekup polis.

Bagaimanapun usaha mereka gagal, Adli dan rakan mereka terpaksa bemalam di dalam lokap. Cuma seorang lagi palakon handalan berjaya menyelamatkan diri dan bermalam di Hospital Slim River kononya cedera teruk dan coma dihentak polis.

Berikut adalah program peliwat aljub.


a) Selasa 3 Januari 2012 – Johor

9.00 mlm – Ledang – Jln Serom Panggong, Serom 3, Ledang
11.00 mlm – Muar – Parit Samsu, Jln Temenggong Ahmad, Muar

b) Rabu 4 Januari 2012 – Negeri Sembilan & Melaka

9.00 mlm – Seremban – Pejabat PKR N9, Jalan Rahang, Seremban, N9
11.00 mlm – Bukit Katil – Melaka

c) Khamis 5 Januari 2012 – Kelantan

7.00 mlm – Ketereh – Pondok Padang Kala, Melor
10.00 mlm – Macang – Padang Majlis Daerah Macang

d) Jumaat 6 Januari 2012 – Lembah Pantai & Kelana Jaya

9.00 mlm – Lembah Pantai – Dewan Gasing Indah, Seksyen 5, PJ
11.00 mlm – Kelana Jaya – Kompleks Sukan 3K, Persiaran Kewajipan, Subang Jaya

e) Sabtu 7 Januari 2012 – Pulau Pinang, Pahang & Terengganu

7.00 pagi – Permatang Pauh – Madrasah An Nahdoh, Kubang Semang
3.30 ptg – Indera Mahkota – Markas PAS, Kampong Balok, Kuantan
9.00 mlm – Kuala Terengganu – Pejabat PKR Kuala Terengganu, Gong Kapas
11.00 mlm – Hulu Terengganu – Kampong Gaung, Kuala Berang

f) Ahad 8 Januari 2012 – Kediaman DSAI, Kg Baru & Kg Pandan

7.00 ptg – Kediaman Dato' Seri Anwar Ibrahim – Bukit Segambut
9.00 mlm – Kampong Baru – Padang Kelab Sultan Sulaiman
11.00 mlm – Pandan – Dewan Orang Ramai Kg Pandan, Jalan H, Kg Pandan.

g) Isnin 9 Januari 2012 – BEBASKAN ANWAR IBRAHIM

8.00 pagi – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur – Jalan Duta