Rabu, 11 Januari 2012

Suka Sama Suka maknanya ada berlaku LIWAT

Roslay Raffie shared the following link and had this to say about it:

Anwar Ibrahim sendiri menyebut kejadian seks luar tabie dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008, antara 3.01 petang dan 4.30 petang di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara berlaku atas dasar 'suka sama suka'.

Anwar menyebut terma 'suka sama suka' itu pada 7 Ogos 2008, di luar bangunan Mahkamah Sesyen Jalan Duta, ketika kali pertama kes itu disebut di mahkamah.

Selepas mendengar pertuduhan itu, di luar mahkamah, Anwar mula mencanang maksud 'Seksyen 377B' dan memperbesar-besarkan isu 'Suka Sama Suka'.

"Ini pendakwaannya itu 377B maknanya suka sama suka. Kalau suka sama suka, pasal apa saya seorang sahaja yang kena dakwa. "Dah Suka (Sama) Suka dakwa dua-dua lah", katanya.

Bukan setakat itu, mencanang isu 'suka sama suka' itu turut diwar-warkan oleh orang kanannya, Azmin Ali. "Liwat suka sama suka..ni apa nak jadi ni..consensual act…maknanya engkau setuju, aku setuju..aku gosok, engkau lipat", katanya.

Sebenarnya isu 'suka sama suka' yang bermaksud 'perlakuan seks luar tabie di antara pasangan gay' sudah lama dimainkan oleh para penyokong Anwar sejak kes tersebut mula-mula terbongkar kepada umum.

http://www.youtube.com/watch?v=x2xU_YvJnv0&feature=share

Kenapa Azmin Ali marahkan sangat Saiful Bukhari tentang kes liwat ini?

Adakah dia cemburu kerana 'kekasih hati' berlaku curang?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.