Isnin, 23 Januari 2012

Tahniah DAP.


Dap dengan bangganya memperkenalkan dua anak muda dari bangsa Melayu ke dalam parti Dap. Dua anak muda ini mungkin spesis sekular sebab tu lah tak mau masuk Pas sebab depa ni jenis sosial lebih.  Kita tak boleh salahkan mereka kerana menyertai Dap. Banyak faktor yang telah mendorong dua anak muda ini menyertai parti DAP.

Pertamanya mungkin pengaruh ibubapa yang menjadi penyokong kuat Dap. Kedua mungkin sudah tergadai  bodi.
Dua graduan muda jurusan undang-undang daripada UiTM yang berminat dengan politik telah memilih untuk menyertai DAP. Mereka adalah Fairuz Azhan Amirruddin dan Dyana Sofya Mohd Daud. Fairuz Azhan, 25, merupakan seorang penulis manakala Dyana Sofya, 24, seorang peguam.Sementara itu, Fairuz Azhan menjelaskan beliau menyertai DAP kerana tidak sanggup berdiam diri melihat negara semakin lama semakin dirosakkan oleh kerajaan UMNO-BN.Dyana Sofya pula berpendapat bahawa kejayaan urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT) oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang dipimpin oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meyakinkan beliau untuk memilih DAP sebagai wadah politiknya.

Faktor ketiga ada pengaruh dalaman di IPT. Kita tahu ramai pelajar terpedaya dan terpengaruh dalam gerakan-gerakan bawah tanah yang cukup terancang. Bukan sahaja fahaman sekular, malah fahaman anti Islam, fahaman anti pemerintah dan lain-lain fahaman yang bersepah di bumi kita.

Bila sudah hanyut, segala-galanya akan dilupakan, ibu bapa, adat budaya, pegangan agama akan terhapus. Tahniah Dyana dan Fairuz..semoga berjaya dalam karier politik anda.