Eliz sebelum krisis |
Pendedahan Hilmi Hazimin Malek teman lelaki YB Elizabeth Wong yang kini di tahan oleh pihak berkuasa di Batam Indonesia dalam akhbar Kosmo kelmarin menimbulkan banyak persoalan yang perlu dijawab oleh YB Elizabeth Wong. [ Saya sebut teman lelaki, bukan bekas teman lelaki seperti yang disebut oleh Kosmo] .
Kemelut atau Insiden yang hampir menyebabkan YB Elizabeth Wong hilang kuasa, hilang jawatan Adun, Exco dan hilang pencen adalah gara-gara tersebarnya gambar-gambar panas semasa beliau tidur tanpa celana dalam dalam keadaan terkangkang atas sofa di rumahnya.
Ekoran dari penyebaran gambar-gambar panas dalam internet telah menyebabkan Wong bercuti panjang dan berhasrat untuk meletakkan jawatan, tetapi telah kembali dengan imej baru dan menarik balik cadangan perletakkan jawatan.
Elizabeth Wong dari parti PKR sama seperti Ketua Umum YB Dato Seri Anwar Ibrahim memang pelakon yang hebat. Mereka boleh menangis, boleh menarik simpati muslimah Pas, boleh meruntun simpati dan empati sehingga peringkat tertinggi Pas.
Eliz juga mengadap Nik Aziz untuk minta restu dan nasihat sama seperti Anwar yang mengadap Nik Aziz dalam isu sokongan terhadap Zionis dalam kenyataan dalam Wall Street Journal .
Nik Aziz hanya minta Anwar menarik balik kenyataan Anwar dalam WSJ dan dalam isu YB Eliz , Nik Aziz menyalahkan individu yang merakam dan mengedarkan gambar panas YB Eliz sahaja.
Muslimat Pas juga ada membuat forum berbincang isu gambar panas Eliz dalam TV Pas. YB Eliz sepatutnya bertemu atau mendapatkan pandangan Presiden Pas Hadi Awang.
Selepas sejuk isu gambar panas YB Eliz Adun Bukit Lanjan timbul pula isu lebih panas yang mengaitkan Anwar Ibrahim. Bukan still picture tetapi video bersiri.
Apa yang pelik ialah kenyataan double standard pemimpin Pas. Dalam isu gambar Eliz, pemimpin Pas mengakui kewujudan gambar tersebut adalah gambar Elizabeth tetapi menolak video Anwar kononnya rakaman video ada besi dan tidak boleh dijadikan bahan bukti.
Menurut Hilmi, isu gambar panas teman wanita adalah permainan kotor pakatan rakyat. Pas yang tersepit dalam isu sokong menyokong ini.
Pas sokong Eliz yang dianiaya oleh Pkr sendiri, sudahnya Pas juga yang diperbodohkan oleh Pkr dan Dap yang berkemungkinan terlibat.
Setakat pagi ini belum ada sebarang kenyataan dari mana-mana komponen parti pembangkang terutama Pas. Sila rujuk Harakah , tak ada satu pun penulisan mengenai isu Hilmi - Elizabeth Wong