Khamis, 23 Februari 2012

Taipingmali berbangga dengan Datuk Lee Chong Wei



Audi R 8 milik Datuk Lee


Datuk Lee Chong Wei lahir pada Oktober 21, 1982 di Georgetown, Pulau Pinang merupakan pemain badminton professional. Lee pemenang pingat perak dalam sukan olimpik 2008, beliau menjadi rakyat pertama Malaysia yang bertanding dalam final perseorangan lelaki dalam sukan olimpik dan kejayaan beliau menyebabkan beliau dianugerahkan datukship.

Pernah dinobatkan sebagai pemain no 1 dunia pada Ogos 21, 2008. Lee orang ketiga dari Malaysia yang pernah mendapat ranking pertama dunia selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim

Kejayaan Lee bukan datang menggolek. Beliau berusaha keras untuk mencapai tahap sekarang. Bayangkan daripada hampir 28 juta penduduk Malaysia dan mungkin daripada 3 juta pemain badminton dalam negara Datuk Lee muncul sebagai pemain nombor 1 negara.

Sudah tentu pendapatan bulanan dan tahunannya juga besar, selain daripada hadiah sudah tentu Lee mendapat banyak penajaan yang mungkin mencecah jutaan ringgit.

Sebagai seorang yang berjaya dan berpendapatan tinggi, wajarlah Lee menikmati hidup mewah seperti pemain bola sepak Saifi Salee atau David Beckham atau seperti penyanyi rap Akon.

Lee nak beli rumah mewah di Dubai ka, nak beli Bugati Veron ka, kapal layar besar macam milik YTL ka, apa bala ka silakan, janji cukai pendapatan bayar tiap-tiap tahun. Jangan kita dengki dengan kejayaan Lee.

Kepada anak-anak muda remaja yang teringin nak jadi kaya macam Datuk Lee jangan berangan-angan sahaja, bangun dan mulakan hidup anda sebagai pemain badminton. Untuk berjaya amalkan ayat seperti ini. " Tidur badminton, makan badminton, mimpi badminton, berjalan badminton, semuanya badminton.

Akhir kata, TM sedih kerana Malaysia kalah 4- 0 kepada Jepun malam tadi.