Khamis, 9 Februari 2012
Tuduhan Hassan Ali 'Budak Suruhan' Satu Tuduhan Sembrono - Shahidan Kasim
Uploaded by umnohq on Feb 7, 2012
KANGAR 2 Feb -- Tiada istilah 'budak suruhan' malah segala tindakan yang diambil itu adalah atas dasar kesedaran mereka terhadap perkembangan terkini yang berlaku terhadap parti yang disertai sebelum ini.
Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Shahidan Kasim berkata UMNO tidak pernah menaja atau melantik mana-mana pihak untuk menjadi budak suruhan atau wakilnya dalam parti pembangkang.
Orang yang buat tuduhan ini adalah sebuah parti Islam, wajar mereka (Khalid) gunakan perkataan-perkataan tersebut sebagai seorang Islam, saya kenal mereka ini, mereka buat tuduhan sembrono sehingga ada perkataan sebegitu.
"Ada ahli UMNO yang masuk Pas, tapi kita tak pernah menuduh mereka, sebagai seorang Islam kita lebih menjurus kepada pendekatan perpaduan dan kasih sayang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mengelar Dr Hasan Ali sebagai budak suruhan UMNO selepas mendedahkan bahawa Khalid adalah parasit Pas.
Menurutnya, UMNO adalah sebuah parti yang telus dan sanggup mengkritik pemimpin-pemimpin mereka jika didapati melakukan perbuatan apa sahaja yang boleh memudaratkan bukan sahaja kepada parti malah membabitkan rakyat atau negara.
"UMNO sebuah parti yang telus, mengkritik pemimpin-pemimpin yang bersalah berbanding dengan Pas," katanya.
Lagi http://umno-online.com/?p=54427