Sebelum ini beliau pernah menyerang blogger Medan Info Kita dan memihak kepada Pengerusi UMB iaitu Tun Faisal dalam beberapa isu.
Selepas itu YY diterbangkan oleh Tun Faisal untuk membantu UMB dalam gerak gempur PRN Sarawak dan ditugaskan di Sibu. YY hanya seorang jurujual di sebuah kedai telefon di Kuala Lumpur dan sebelum ini pernah menjadi penulis dalam blog Syiling Perak yang cukup hangat satu ketika dahulu.
Berikut ialah salam pengenalan beliau semasa memula penulisan dalam blog 'double Y'
Friday, December 3, 2010
Salam Perkenalan & Salam Perjuangan Dari Double-Y....
Assalamualaikum w.b.t
Salam perkenalan dan salam perjuangan Double-Y hulur untuk semua blogger mesra UMNO/BN.Saya merupakan blogger baru yang tergerak hati untuk berjuang melawan segala tohmahan jahat pihak Pakatan Rakyat terhadap kerajaan UMNO/BN.
Untuk yang masih tidak mengenali diri saya, saya merupakan penulis picisan di laman www.pejuang-maya.com, disebabkan terlalu lama meletakkan diri sebagai penulis tamu di blog milik sahabat-sahabat, dan juga dorongan para otai dalam dunia blog, maka saya menyahut seruan sahabat seperjuangan untuk membangun kan blog sendiri dan menyertai perjuangan mereka demi Agama, Bangsa dan Negara.
Matlamat Double-Y dalam berblog adalah untuk mempertahan kan parti keramat UMNO dan mempertahan kan kerajaan Barisan Nasional daripada serangan bertali-arus Pakatan Rakyat terhadap pemimpin kerajaan.
Tapi saya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemimpin UMNO/BN jika mereka melakukan sesuatu tindakan yang tidak menguntungkan perjuangan UMNO/BN dan tindakan-tindakan yang dilihat tidak memberi sebarang manfaat terhadap rakyat Malaysia. Dalam hal ini, saya mengambil pendirian untuk menegur secara berhemah demi kebaikan serta keutuhan parti UMNO.
Sudah menjadi tanggung jawab saya selaku anak muda warganegara Malaysia untuk bersama membantu dan berjuang bersama para bloggers mesra BN demi mempertahan kan kedaulatan serta keharmonian yang telah lama dikecapi oleh rakyat Malaysia.
Saya merupakan penulis bebas, yang menulis berdasarkan pemerhatian dan serta penilaian yang dibuat sendiri oleh saya, jadi jika sebarang artikel yang disiarkan oleh saya menimbulkan keraguan serta ketidakselesaan pembaca,saya sedia menerima sebarang teguran dan kritikan daripada kalian warga pembaca blog.
Namun saya cuba untuk mengelakkan menyiarkan sebarang artikel berbentuk fitnah terhadap mana-mana individu demi menjaga nama parti yang didorong iaitu UMNO.
Akhir sekali, salam perkenalan di hulur untuk semua blogger pro BN serta blogger pro PR.Matlamat menang PRU13 menjadi nadi perjuangan!
Omong segala kebenaran, untuk menangkis segala kebatilan.
Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!
Sekembalinya dari Sarawak, YY tidak mempunyai pekerjaan menyebabkan beliau menyepi diri buat seketika dan Black Berry pun terpaksa dijual untuk menanggung kehidupan beliau. Akhirnya YY diambil bekerja untuk UMB di bawah Tun Faisal sehingga ke hari ini dan blog YY kembali aktif dan panas.
Penulisan YY memang bagus dan mampu pergi lebih jauh dan boleh jadi top ten bloggers sekiranya konsisten dalam tugasannya. Selain mempunyai sikap berani beliau juga mempunyai skil atau kemahiran menulis yang baik.
Hanya satu yang harus diingat , berhati-hati dari pihak musuh takut mata lebam sebab wajah anda dikenali ramai dan satu lagi pesanan kepada YY ialah jangan cepat merajuk. Soalan lain ialah dah isi borang permohonan menjadi ahli Umno?
Maklumat awal. UMB akan menerima seorang lagi ahli baru mulai 1 Mac. Harap kepada abang-abang dalam UMB dapat menerima dan membimbing beliau dengan baik.