Pas dan pembangkang Perak dengan mudah menuduh YAB Dato Dr Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar mahkamah. Sebenarnya mereka lah yang membawa kes ke mahkamah bukannya Dr Zambry,
Berkenaan dengan JKKK yang digantikan dengan baru, Nizar tidak boleh pertikaikan JKKK yang baru kerana sewaktu Pembangkang menang pun mereka juga menukar dengan yang baru. Ambil semua orang Pas dan mengabaikan Umno. Sebaliknya dalam pentadbiran sekarang, memang JKKK melantik ahli Pas untuk duduk sama dalam JKKK tetapi pihak Pas menghasut dan menghalang ahli mereka menyertai JKKK. Ini terbukti dalam JKKK Kg Expo, En Salleh dari Pas dilantik sebagai AJK JKKKK tetapi perlantikannya tidak disenangi oleh Pas dan akhirnya kerana akur dengan kehendak Pas beliau melepaskan jawatannya,
Tanah balak di Kampar dan Klian Intan? Sudah buat laporan polis? Dap rosakkan tanah di Pondok Tanjung bagaimana? Tamat 11 bulan, semua jentera balak di keluarkan dan sebatang kayu balak pun tak ditinggalkan jalan ditutup dan dibersihkan, seolah-olah tidak ada berlaku pembalakan.
Mengenai Rahman Hidrolik yang diberi tanah lombong di kawasan bukit juga satu dongeng Nizar. Rahman Hidrolik tak wujud pun di sana, tak percaya pergi tengok sendiri...sekarang ni sudah tak jadi MB boleh lah bawa Topeng Perak untuk merakam gambar-gambar pembalakan haram. perlombongan bijih di tanah tinggi dan laporankan semua 6 tindakan kerajaan BN sekarang kepada media. tetapi dengan bukti sekali, jangan main cakap sahaja.