Jumaat, 23 Mac 2012

Jambatan Kamunting sedang dibaik pulih















Kelmarin TM mendapat laporan bahawa jambatan rosak teruk , hari ini TM telah menghantar orang untuk mengambil gambar tentang kerosakan jambatan dan didapati struktur jambatan masih kukuh dalam pandangan mata kasar. [ hanya jurutera yang dapat mengesahkan keadaan sebenar].

Di dapati kerosakan berpunca daripada hakisan air sungai yang meruntuhkan sebahagaian jalan. Kemungkinan besar dalam sehari dua jambatan ini boleh digunakan semula.

Bagaimanapun sebaiknya ialah sebuah jambatan baharu dua lorong dapat menggantikan jambatan yang dibina zaman penjajah lagi.